Cara Memelihara Anak Ayam Belanda

Kali ini saya ingin berkongsi beberapa perkara penting dalam bidang penternakan ayam ini. Beberapa tahun dahulu, ramai yang tidak tahu bagaimana untuk memelihara ayam belanda dengan betul terutama di peringkat anak. Hasilnya banyak anak ayam yang mati dan penternak terus “give-up” dan terus tak nak bela ayam lagi.

R & D terus dijalankan oleh insan-insan yang berminat dan natijahnya, hari demi hari kita semakin mahir untuk menternak ayam belanda dengan cara yang betul dan membawa pulangan yang lumayan.

Anak ayam yang berumur 1 – 15 hari perlu diberi perhatian lebih kerana ianya menentukan masa depan ayam itu. Seorang penternak menasihati saya, anak ayam dalam usia 1 – 15 hari perlu diberi haba, minuman dan makanan yang cukup. Kalau dia sakit dalam tempoh tu, maknanya sampai matilah dia sakit. Kalau dia tempang dalam waktu tu, maka tempanglah dia sampai bila-bila. Gerenti tak sembuh. Sebab itulah untuk sesiapa yang baru nak belajar-belajar, elok beli anak ayam yang berusia 15 hari ke atas untuk mengurangkan risiko kematian dan kerugian.

Perumah

Pada musim hujan, pastikan perumah sentiasa kering, lapik lantai dengan rumput kering yang telah “di-spray” dengan larutan antibiotik DETTOL untuk elak jangkitan bakteria. Bakteria mudah merebak dalam keadaan lembab. Gunakan kreativiti anda untuk membina reban yang kalis nyamuk, sama ada menggunakan jaring halus atau kelambu. Nyamuk adalah musuh utama anak ayam. Sekali gigit jadi puru. Bersihkan perumah setiap hari, gas ammonia dari najis ayam boleh akibatkan penyakit pneumonia.

Haba

Seeloknya, anak ayam dipelihara dalam kotak khas (brooder) yang dibekalkan mentol sebagai pemanas. Berapa watt nak guna, terpulang kepada keadaan semasa. Kalau musim hujan, kenala pakai yang tinggi sikit (60 – 100 watt). Kalau musim panas, pakai 5 watt pun boleh. Pastikan tiada angin luar yang masuk terutama waktu malam kerana angin malam boleh memudaratkan anak ayam (masuk angin dalam paru-paru). Kalau dibiarkan anak ayam kesejukan, nanti mereka akan berhimpit-himpit dan anak ayam yang lemah akan mati kena himpit. Kalau panas sangat pun tak boleh jugak nanti mati kepanasan. So, pemerhatian berterusan daripada anda diperlukan untuk melihat pergerakan anak ayam. Kalau mereka bebas bergerak, maknanya haba cukup. Kalau asyik berhimpit saja, maknanya haba kurang. Anak ayam elok dijemur selama beberapa jam pada waktu pagi untuk medapat vitamin D dan antibodi dari matahari.

Air

Air yang mencukupi perlu untuk kestabilan dan keseimbangan badan. Jangan biarkan anak ayam haus terlalu lama. Elakkan beri air yang berklorin dan tidak bersih. Kalau dapat air bertapis atau dari sumber semulajadi lagi bagus. Boleh larutkan vitamin+ antibiotik dalam air untuk menguatkan anak ayam dan elak penyakit.

Makanan

Elok bagi dedak pemula ayam daging (starter) yang telah dirumus khas untuk anak ayam. Jenama apa pun boleh. Tapi orang selalu guna sama ada Gold Coin 201C, Cargill 901C atau Hong Lee 501C dan lain-lain. Kalau nak jimat, buat rumusan makanan sendiri campuran temukut,dedak padi,hampas kelapa, jagung hancur, ikan baja, gandum hancur dan sebagainya tapi pastikan zat mencukupi. Bila dah lepas sebulan boleh campur dengan dedak penggemuk (grower). Elakkan menukar jenis makanan atau dedak yang biasa diberi dengan makanan lain yang ayam tak biasa makan secara tiba-tiba. Tukar secara perlahan-lahan hingga mereka boleh terima makanan tersebut. Boleh juga disulam dengan rumput dan dedaun hijau untuk membiasakan mereka dengan makanan semulajadi.

 

Buat Duit dengan Penternakan Unggas Harga RM 30. Cara pembelian: 1. Bank-in ke akaun CIMB (1205-1405-8845-24) – Mohd Khairi Tajudin 2. Nyatakan nomb0r rujukan pembayaran menerusi emel ke khairitajudin.gmail.com 3. E-book akan dihantar dalam masa 24 jam selepas pengesahan pembayaran dibuat. BERITA BAIK! Dapatkan e-book bonus “Catatan Pengalaman Menternak Unggas” percuma dengan pembelian e-book di atas!

Buat Duit dengan Penternakan Unggas
Harga RM 30.
Cara pembelian:
1. Bank-in ke akaun CIMB (1205-1405-8845-24) – Mohd Khairi Tajudin
2. Nyatakan nomb0r rujukan pembayaran menerusi emel ke khairitajudin.gmail.com
3. E-book akan dihantar dalam masa 24 jam selepas pengesahan pembayaran dibuat.
BERITA BAIK! Dapatkan e-book bonus “Catatan Pengalaman Menternak Unggas” percuma dengan pembelian e-book di atas!

78 thoughts on “Cara Memelihara Anak Ayam Belanda

  1. Thanks bro… atas info nya, aq berminta betul dengan ternakan jenis ini, tapi banyak kali gagal, anak berumur sekian antara 10 hingga 20 hari sudah mati sekarang baru jelas rahsia nya bro… aq ingin sekali mengusahakan jenis ini yang berjaya.. sekian terima kasih lagi bro…

  2. erm… thanhks atas info anda. tp nak tnya mengenai perbezaan jantina ayam tersebut waktu masih kecil. mcm mana nak bezakan jantan atau betina semasa masih peringkat anak. saya ada juga membela ayam tersebut. tp apabila org nak mai beli sepasang saya tak tau nak bezakan…. -org yg ingin mengetahui- ????

  3. SAYA NK TANYA BAGAIMANA SY NAK PASARKAN AYAM BELANDA DAN AYAM API-API.SAYA MEMELIHARA AYAM API-API TAPI TAK TAHU PASARAN.SEMAKIN HARI AYAM API-API SAYA MAKIN BERTAMBAH.BOLEH BANTU TAK

  4. aduhhh ayam piru sy bru beli xmau mkn dedak,asyik mkn rumput ja..letak dpan mata pn buat xtau ja.mcm mna nk buat lg pn xtau

  5. Saya nak tanya dua soalan.
    1.nak hapus bakteria atau lalat yg ada dalam reban ayam,nak pakai ubat apa?
    2.kalau kita racun rumput dihalaman rumah kita adakah ayam piru akan makan rumput itu?.Adakah dia jenis tak makan rumput yg diracun atau dia makan tapi tak beri kesan?
    tk.

  6. nk tnya hampas soya bagus x untuk ayam piru ni??ada orang kata x bagus sbb nti ibu ayam xmau betelor sbb sejuk..btl ke smua 2?????

  7. Ribuan terima kasih atas kesudian penulis yang bersusah payah menyediakan halaman “cara memelihara ayam belanda” ini…… tahniah, semoga anda dapat rezeki yang banayak di dunia dan pahala yang berlipat ganda di akhirat kelak…amin.

  8. ssalamualikum,
    anak ayam BeLANDA SYA YG BERUSIA SATU BULAN DAH KENA PENYAKIT PURU,SAMPAI TUTUP BIJI MATA,MACAMANA NAK RAWAT DIA.TK

    • 1. cara paling mudah, beli ubat puru kt jabatan veterinar berhampiran
      2.kalau malas nk beli ubat cuba cara ni:
      -rendamkan kain yg bersih dgn air panas
      -gunakan kain tadi untuk membuang puru tersebut.
      -cuci hingga bersih dan tiada lagi puru.
      -sapu dengan minyak masak.
      3. Amalkan penjagaan anak ayam yang bebas dari nyamuk seperti pasang jaring,kelambu,ubat nyamuk dll.

  9. SALAM, SAYA PENA RAWAT CARA TRADISIONAL ANAK AYAM YANG KENE PURU.STAKAT NIE CARA NIE BERKESAN DAN MUDAH. AMBIL MINYAK BARU DAN GORENG DENGAN BAWANG PUTIH DAN CILI KERING KEMUDIAN SAPUKAN KAT TEMPAT YANG KENE PURU. DALAM MASA SEMINGGU PURU TERSEBUT AKAN TANGGAL SENDIRI. SAYA SAPUKAN PADA AYAM TERSEBUT SELANG SEHARI. TAPI KADANG-KADANG HARI-HARI. TAPI DISYORKAN PADA WAKTU AGAK2 NAK MALAN SEBAB MALAM SEJUK SEKET. NIE SEKADAR BERKONGSI CARA SAHAJA.

  10. saya duduk di muar johor, adakah agen-agen saudara yang menjual angsa, ayam belanda, mutiara di sebelah sini atau di melaka atau di n9. terima kasih.

  11. salam ..saya baru nak cuba pelihara ayam belanda..cuma saya nak tahu selama mana kita perlu pasang lampu untuk memanaskam anak ayam belanda …… umr sebulan..?umur 2 bulan ?…..

  12. harini sy br beli 8 ekor anak ayam belanda,6 ekor 2mggu dan 2ekor sbulan..boleh ke campurkan?? lg satu sy lepaskan bebas dalam kandang saiz 8x9kaki..sesuai x??x pasang lampu dlm reban.

  13. salam..saya sekadar nak berkongsi ilmu.. cara nak hilangkan puru ayam sebenarnya senag jeks.. amik minyak masak (dari kelapa sawit) then goreng kan cili kering 7 + cili padi 3 + bawang putih 3 … agak2 dah sebati sejukkan dan bolehlah sapu pada puru ayam.. kalau nak tau minyak tue jadi ker tak.. try letak kat atas tangan.. klu pijar tue jadi la..hehe…ulang sapuan selang sehari.. insyaallah dalam seminggu nampak kesan dia..

  14. Sy baca dllm internet di luar negara sana ada penyakit Blackhead / Histomoniasis punca dari ayam belanda makan najis ayam. Adakah penyakit ini terdapat di Malaysia? JIka ada kita tidak harus pelihara ayam biasa dengan ayam belanda di kawasan yang sama.

  15. assalamualaikum….
    di mana kah sy boleh mendapatkn pmbekal anak ayam belanda???
    berapa kah kos untuk sy membeli seekor ank ayam belanda??

  16. saya baru mula bela anak ayam belanda 5 ekor, skrg umur dah 2 bulan, 4 ekor Ahamdulillah sihat, tapi yg sekor lagi ni kesian la,kaki dia patah sampai nak bergerak kena guna kepak je,bawah perut & kepak dia dah melecet kesan dari seretan utk bergerak,apa yg boleh saya buat? tolong bagi pandangan..

  17. salam, terima kasih kerana memberi tunjuk ajar cara2 memelihara ayam belanda, sekarang ayam belanda saya dah mula berkembang. Semoga Allah memberi keberkatan kepada saudara serta dimurahkan rezeki…amin

  18. Salam, Kami mempunyai stok Ayam Belanda/Turkey untuk dijual
    – Anak ayam 2,3 minggu
    – Dewasa dari 2 bulan hingga 5 bulan
    – Induk yang sudah bertelur
    Berminat call 012-2029057
    Kawasan Paka, Terengganu
    Penghantaran akan dibuat jika banyak kuantiti ayam yang di beli

    Terimakasih

  19. soalan..
    1. berapa hari selepas menetas perlu anak ayam duduk d dalam inkubator?
    2. berapa hari pula usia anak ayam untuk dberi makan dan minum?

    • 1. perlu, tidak lebih daripada 3 hari…selepas 2 hari dh boleh masuk dlm brooder
      2. selepas 3 hari, boleh bagi makan dedak starter

  20. salam…..nk tnya…. kita beli ayam belanda matang sepasang … bbrapa hari bertelur…. msalah sekarang… bgun pagi ada telur pecah…. kenapa….. nk tnya jugak… heran …. kalu ayam kg… x de nyer pecah…

    • mungkin dia patuk dan makan telur dia sebab tak cukup makanan..pastikan makanan cukup…
      atau telur kulit dia lembik….so, bg makan mkanan berkhasiat

  21. kebelakangan nie ayam belanda saya ada yg mati, tak tau kenapa…bila diperiksa , tempolok nye tak berisi, yg sihat2 semua nye penoh…lama kelamaan dia akan mati ..apa harus saya buat?

  22. salam…
    sape ade stok anak ayam kg & anak ayam belanda untuk dijual?
    lokasi kg gajah,perak.
    sms ke 017-557 3374 @ 019-5600 886

  23. as salam.sy bwu bela spsang ayam piru umur 1 minggu…..smasa sy mmbeli anak ayam piru ad pak cik nie ckap yang kepala besar jantan kepala kecik betina…..btol kew??

  24. bagus la bro maklumat ni…………saya pun dah mula berjinak2 bela ayam piru.pasaran bagus harga mahal.boleh buat duit…………..saya pun tengah belajar bela ayam piru ni…….

Leave a comment