E-book: Buat Duit dengan Penternakan Ayam

 

Image

Sinopsis:

 

Bahagian 1: Bagaimana aku terlibat dengan bidang ini?

  • Mencari rezeki untuk meneruskan kehidupan, bukannya untuk bermewah-mewah (prinsip diri)-memudahkan beramal ibadat dan berdakwah. Kekayaan tidak dijadikan matlamat.
  • Kerjaya sebelumnya: wakil khidmat pelanggan di KL, selepas berkahwin ambil keputusan tinggal di kampung untuk usahakan ternakan kambing. Perusahaan kambing tidak berjaya kerana beberapa faktor, bertukar kepada penternakan unggas.
  • Pengaruh kenalan di kalangan golongan bekerja sendiri yang menggalakkan penternakan ayam. Mentor dalam dunia perniagaan: Encik Mohd (Usahawan Kain Import), Abang Syam (Usahawan Fujifilm) dan Abang Syukri (Usahawan Katering)
  • Pengangguran, tidak mendapat pekerjaan yang setaraf. Aku sudah jemu menghantar resume serta naik turun tangga untuk temuduga tetapi tidak berjaya.
  • Menukar cara berfikir untuk bekerja sendiri, rezeki ada di mana-mana. Di samping itu, naluri inginkan kebebasan kerjaya, tidak mahu terikat dengan sesiapa.
  • Hasil perkongsian maklumat daripada rakan-rakan, mengetahui adanya permintaan semasa terhadap ayam.
  • Melihat kejayaan orang lain lebih mengujakan aku untuk turut terjun dalam bidang ini.

 

Bahagian 2: Bagaimana aku memulakan kerjaya ini?

  • Mengumpulkan maklumat melalui internet, forum, kursus, melawat ladang penternak lain.
  • Menggunakan modal sendiri, pinjam daripada isteri dan rakan-rakan. Aku memulakan penternakan ketika isteri dalam pantang melahirkan anak pertama.
  • Membina reban daripada bahan-bahan terpakai dan second-hand.
  • Mulakan secara kecil-kecilan dengan membeli ikubator dan telur dahulu. Selepas menetaskan telur, cuba untuk belajar-belajar menternak atas bimbingan penternak lain.
  • Kemudian, aku menjual anak-anak ayam tersebut untuk membeli induk. Induk itu dipelihara untuk mendapatkan telur, seterusnya ditetaskan dalam inkubator, kemudian anak yang menetas aku jual. Hasil yang diperolehi aku gunakan untuk menambahkan bilangan induk lagi.
  • Aku iklankan di internet melalui blog, laman pengiklanan percuma dan forum. Aku juga menampal poster di seluruh pekan Changlun sehingga ke Kuala Nerang. Sejak hari itu aku dihujani dengan panggilan oleh pembeli anak ayam. Permintaan semakin meningkat dari hari ke hari.
  • DiseBahagiankan permintaan terlalu tinggi, aku terpaksa mendapatkan bekalan anak ayam daripada penternak lain dari kawasan berdekatan sehinggalah ke Pulau Pinang. Aku juga berusaha membeli inkubator baru untuk menambahkan ruang penetasan telur yang semakin banyak. Reban juga dibesarkan.

 

BAHAGIAN 3: Perasaan, Cabaran, Sokongan dan Kritikan

  • Pada mulanya, ramai yang menyambut baik usaha ini. Pada masa yang sama, ibu dan ayah masih mengharapkan aku mencari kerja makan gaji memandangkan aku memiliki segulung ijazah. Pada masa yang sama, aku memerlukan pendapatan tetap untuk membayar balik pinjaman.
  • Aku tidak mampu membantah tetapi tetap meneruskan penternakan itu di samping berusaha mencari kerja. Akhirnya, aku diterima menjadi seorang guru di sebuah sekolah agama rakyat, berdekatan dengan pekan Changlun. Pagi-pagi mendidik anak bangsa, petang-petang mendidik ayam dan itik.
  • Bagi menjimatkan kos makanan, aku mengutip sisa-sisa makanan dari kantin sekolah, mengutip sayur, sisa kelapa di pasar berdekatan. Aku terpaksa menebalkan muka untuk melakukan kerja-kerja ini.
  • Ayah, ibu, isteri dan adik-adik membantu aku menguruskan kerja-kerja seharian seperti memberi makan kepada ayam dan mengalihkan telur dalam inkubator.
  • Aku membayar upah kepada adik-adik untuk perbelanjaan mereka ke sekolah.
  • Aku juga mendapat kritikan kerana dikatakan mensia-siakan ijazah yang ku perolehi dengan menjadi penternak ayam. Aku terpaksa menelan kritikan itu dan selalu berdoa agar Allah membuka rezeki lebih luas.

 

Bahagian 4: Pengalaman Pahit

  • Penyakit sampar yang menyerang hampir kesemua ayam-ayam di Malaysia pada penghujung tahun 2010 hampir-hampir membuatkan aku patah semangat. Setiap hari, bangkai ayam bergelimpangan di sekitar reban. Aku terpaksa menguatkan hati untuk mengorek lubang, menimbus bangkai-bangkai itu. Sedih dan letih rasanya.
  • Mulakan azam baru, memperbaiki kelemahan yang ada. Mempelajari selok belok punca penyakit sampar dan cara mencegahnya. Berjumpa pegawai veterinar untuk meminta nasihat.

 

Bahagian 5: Pengalaman lucu

  • Suatu hari, aku membawa pulang beberapa ekor induk ayam mutiara. Sayangnya, seekor ayam sudah terlepas. Aku baru mengetahui bahawa ayam mutiara sangat tinggi terbangnya. Kami cuba menangkapnya di sekeling kampung sehingga berjaya. Akhirnya ayam itu disembelih untuk dimakan kerana terlalu nakal.
  • Aku mendapatkan angsa untuk dijadikan pengawal di reban. Angsa itu sangat garang sehingga aku sendiri mahu disondolnya.
  • Seronok melihat telatah angsa mandi air, berkejar-kejaran, bergaduh dengan ayam belanda dan ayam kampung
  • Pertama kali aku menjual anak ayam belanda di nat Asun, tiada seekor pun yang laku. Harga anak ayam dikatakan mahal.
  • Seronok melihat anakku bermain dengan ayam dan itik. Tidak sedikitpun dia takut dengan angsa. Tapi, apabila angsa sudah dewasa, kira hendak sondol orang sahaja

Bahagian 6: Pengajaran, pandangan dan harapan

  • Haiwan memerlukan kasih sayang. Haiwan ingin sentiasa mendampingi tuannya. Apabila tuan kurang memberi perhatian, ayam akan kemurungan lalu mati.
  • Vaksin, pencegahan penyakit, kebersihan reban sangat penting untuk memastikan ayam sentiasa sihat.
  • Perniagaan perlukan komitmen, bukan sekadar kerja separuh masa. Kegagalan memberikan komitmen akan membawa kegagalan.
  • Kena bersabar mengharungi segala ujian kerana kita bermain dengan makhluk hidup. Makhluk yang hidup akan mati. Kena bersabar jika ditimpa ujian.
  • Sehingga kini, permintaan makin meningkat. Ramai orang mahu menternak semula selepas mengharungi musim wabak sampar yang meragut kebanyakan ayam di Malaysia. Peluang terbuka cerah kepada sesiapa yang mahu.
  • Bersyukur dengan rezeki yang Allah beri dan jangan tamak. Jika hasrat menjadi kaya mee segera, maka segera akan jatuh miskin.

SAYA BERBESAR HATI untuk menjual dua buah ebook pada harga RM 40 sahaja iaitu ebook “Catatan Pengalaman Menternak Unggas” dan “Buat Duit dengan Penternakan Ayam.”

Jika berminat, sila Whatsapp saya 019-4702839.

Bayaran boleh dibuat ke Maybank (Mohd Khairi Tajudin)

1520-6895-6752

e-book akan dihantar melalui emel

 

PENTERNAKAN AYAM-COMBO

3 thoughts on “E-book: Buat Duit dengan Penternakan Ayam

Leave a comment