Kor Tani Lembaga Pertubuhan Peladang

Pada 12 – 14 Feb 2011, telah berlangsung satu kursus bina pasukan Kor Tani LPP di Nur Laman Bestari, Ulu Yam, S’gor. Kursus tersebut telah dihadiri oleh 350 ahli LPP seluruh M’sia. Aku adalah di antara 12 wakil dari LPP Kedah.

Penubuhan Kor Tani LPP telah dirasmikan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani pada hari terakhir kursus. Sepanjang kursus tersebut, kami telah dibahagikan kepada lebih 10 kumpulan. Setiap kumpulan diberi nama mengikut nama buah-buahan tempatan. Aku telah dilantik sebagai ketua KUMPULAN DELIMA.

Antara manfaat yang diperolehi termasuklah dapat berkenal-kenalan dengan para petani & penternak seluruh negara, bertukar-tukar fikiran dan membina kembali semangat untuk kami memperjuangkan industri ini.

HIDUP PETANI! HIDUP PENTERNAK! HIDUP PELADANG!

Di bawah ini aku selitkan beberapa gambar sepanjang kursus.

Muka depan tapak perkhemahan….

Musolla di tengah-tengah hutan…aman dan tenang bersama bunyi air sungai.

Wajah-wajah usahawan muda yang bakal mencorakkan ekonomi negara….

Abang baju hijau tu cakap apa? Mungkin dia kata , ” Kau tengok la satu ari nanti, aku akan jadi tauke delima yang paling berprestige di angkasa gaban.”

Dif-dif kehormat sedang berjumpa para peserta.

Di satu sudut yang lain, sekumpulan geng2 dapur sedang  menyiapkan makanan secara gotong royong.

 

Menunggu bersalam dengan menteri.

One thought on “Kor Tani Lembaga Pertubuhan Peladang

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s