Pentingnya Perancangan

Satu cerita …

 

Kamal gagal mendapat pekerjaan yang bersesuaian dengan kelulusannya walaupun sudah tiga tahun bergelar siswazah. Dia mengambil keputusan pulang ke kampung untuk mengusahakan sebidang tanah pusaka terbiar milik datuknya. Terdetik di hatinya untuk menjalankan projek penternakan ayam. Lantaran itu, dia menyatakan hasrat tersebut kepada bapanya.

“ Abah, Kamal bercadang hendak buat projek penternakan ayam di atas tanah pusaka itu?”

“Ayam apa yang kamu nak bela?”tanya bapanya.

“Saya bercadang hendak bela ayam kampung?”jawab Kamal

“Ayam kampung asli atau kacukan?” bapanya bertanya lagi.

“Ayam kampung asli mendapat permintaan lebih tinggi di pasaran berbanding ayam lain,”jawab Kamal pula.

“ … tetapi bukankah ayam kampung kacukan lebih cepat membesar? Nanti lebih cepat boleh dijual,” bapanya cuba berbahas dengan Kamal.

“Ya, saya tahu tetapi ayam kampung asli boleh dijual dengan harga yang lebih tinggi dan saya yakin orang akan tetap membeli,” jelas Kamal.

“Adakah kawasan yang kamu hendak usahakan itu sesuai dengan ayam kampung?” tanya bapanya lagi.

“ Ayam kampung asli mampu hidup di mana-mana sahaja. Lagipun dia tahan dengan cuaca panas atau sejuk.” Kamal terus menjawab.

“ Abah cadangkan Kamal buat projek tu di dalam kawasan kebun getah kita. Lagi pun, kawasan di situ lebih teduh dan jauh dari rumah orang. Setahu abah, ayam yang hidup di kawasan yang terlalu terbuka dan panas mudah terdedah dengan wabak sampar,” bapanya cuba memberi cadangan.

“ Em … bagus juga cadangan abah tu.” Kamal bersetuju.

“ Kamu sudah buat tinjauan tentang pasaran semasa?” tanya bapanya.

“ Saya sudah berjumpa dengan beberapa orang tauke restoran di pekan semalam. Mereka kata, bekalan ayam kampung di restoran mereka sentiasa tidak mencukupi. Samad yang berniaga ayam daging di pasar tu juga bercadang untuk menjual ayam kampung sama kerana ramai pelanggan bertanya tentang ayam kampung,” jelas Kamal panjang lebar.

“ Jadi, Kamal bercadang hendak menjual ayam sahajalah? Abah rasa menjual telur ayam lagi untung,” bapanya cuba memberi pendapat yang lain.

“ Betul juga tu. Kamal cadang, telur ayam tu Kamal hendak jual separuh dan separuh lagi Kamal masukkan dalam inkubator untuk ditetaskan. Mana-mana ayam yang sudah pencen tidak mahu bertelur nanti Kamal juallah,” mereka sama-sama ketawa.

“ Ayam pencen liat, mana ada orang nak makan,” kata bapanya.

“ Tak apa. Orang India suka makan ayam pencen. Orang Cina suka makan ayam dara,” ujar Kamal pula.

“ Lagi satu, kamu sudah ada modal nak buat projek ni?” tanya bapanya.

“ Belum cukup lagi. Duit yang ada ni pun rasanya cukup untuk buat reban dan beli anak ayam saja,” Kamal bercakap dalam nada seolah-olah meminta ehsan daripada bapanya.

“ Jangan risau, nanti abah bantu,” jawapan terakhir si bapa telah memberi motivasi kepada si anak. Keesokan hari, Kamal terus ke pekan untuk mencari bahan membina reban.

 

Dialog di atas merupakan contoh beberapa persoalan yang perlu kita fikirkan sebelum memulakan penternakan supaya projek yang dibuat mencapai matlamat. Insyaallah!.

 

Buat Duit dengan Penternakan Unggas Harga RM 30. Cara pembelian: 1. Bank-in ke akaun CIMB (1205-1405-8845-24) – Mohd Khairi Tajudin 2. Nyatakan nomb0r rujukan pembayaran menerusi emel ke khairitajudin.gmail.com 3. E-book akan dihantar dalam masa 24 jam selepas pengesahan pembayaran dibuat. BERITA BAIK! Dapatkan e-book bonus “Catatan Pengalaman Menternak Unggas” percuma dengan pembelian e-book di atas!

Buat Duit dengan Penternakan Unggas
Harga RM 30.
Cara pembelian:
1. Bank-in ke akaun CIMB (1205-1405-8845-24) – Mohd Khairi Tajudin
2. Nyatakan nomb0r rujukan pembayaran menerusi emel ke khairitajudin.gmail.com
3. E-book akan dihantar dalam masa 24 jam selepas pengesahan pembayaran dibuat.
BERITA BAIK! Dapatkan e-book bonus “Catatan Pengalaman Menternak Unggas” percuma dengan pembelian e-book di atas!

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s