Diari Seorang Lelaki

Kenangan Sekolah Rendah

Pagi ini amat sejuk sekali. Ayam dah berkokok berkali-kali. Ah..malasnya nak gi sekolah…lantas selimut ditarik dari hujung kepala sampai hujung kaki…macam hantu bungkus. Sambung mimpi lagi bagus.

Tiba-tiba aku terdengar ada suara mengejutkan aku..

“Along, bangun pi sekolah!”

Dengan kudrat separuh sedar aku bangun dari tempat tidur, capai tuala dan terus ke telaga….

Mak oiii…sejuknyaaaaa”. Aku menggeletar  bila seitis air yang kuceduk terkena kulitku..

“ Ahhh….tak mau mandilah!”

“Along, dah mandi ka?” Mak aku tanya.

“Sejuk….” Aku jawab dengan muka tanpa perasaan.

“Nah. Ambik air hangat yang mak jerang nipi campur ngan air telaga” Mak aku paksa aku mandi gak….huhuhu.

Beginilah kebiasaan aku di pagi hari. Zaman ni takde hot shower. Terpaksalah masak air. Kalau tak buat camtu, alamatnya tak mandi langsung lah aku.

Mengapa perlu ke sekolah? Tak boleh ke kalau tak ke sekolah? Dah lah kena bangun awal pagi, kena buat homework yang cikgu bagi. Kalau tak siap nanti kena rotan. Ah! Ini tidak adil! Dah la suruh kita buat keja…Pastu nak pukul orang plak…Takpe…nanti aku dah besar, aku akan balas dendam. Hahaha!

Itulah sebahagian dari pemikiran aku di era tak matang langsung. Bila aku dah besar panjang macam ni, barulah aku tau kalau aku malas pergi sekolah waktu kecik kecik dulu, tak mungkin aku berada di sini…UiTM di hatiku.

Ramai bebudak zaman aku terutamanya kat area terpencil yang jauh dari kemudahan infrastructure dan pengangkutan takde chance nak gi sekolah. Ada juga yang mampu, tapi malas. Parents diorang pun dah fed-up nak brain wash depa ni. Aku bersyukur sebab mandapat ibu bapa yang bertanggungawab. Terharu aku. Bila agaknya aku boleh membalas balik jasa-jasa diorang kat aku.

Bila dah sampai kat sekolah seronok pulak jadinya sebab boleh jumpa ramai kawan. Bukan nak belajar, tapi nak bermain. Antara permainan paling berprestige ketika itu ialah tindih-tindih pemadam, tudung botol, aci ligan, dan lompat getah.

Pantang cikgu takde dalam kelas je, huru-hara dibuatnya. Waktu rehat, bebudak lain pergi makan kat kantin, kami pergi main lompat getah kat belakang blok. Abis tu, camne tak comot baju aku?. Orang Kedah kata “belemoih” (comot).

Hari-hari kena dengar khutbah dengan mak aku. Kesian kat dia. Hari-hari kena basuh baju aku. I’m sorry mum.

Petangnya ada Kelas Asas Fardhu Ain (KAFA) kat sekolah. Lebih famous dengan panggilan kelas Quran Tajwid. Maka berkayuhlah aku dengan bicycle mini ke sekolah yang lebih kurang 3 km dari rumah. Mulanya aku malas nak pergi, tapi kalau tak pergi nanti kena denda ngan guru besar. So, untuk mengisi masa lapang, aku pergi la jugak. At least boleh jumpa ngan kawan-kawan dan main tudung botol. Isk..isk..isk…pagi petang siang malam asyik nak main je aku ni.

Daripada tak tau sepatah haram huruf jawi, boleh la jugak baca Quran walaupun sangkut-sangkut. Lama-lama lancar la, kan?. At the same time, ustaz aku tengah cari budak-budak yang boleh wakil sekolah pertandingan Marhaban. Kawan-kawan aku masuk, aku follow je. Marhaban pun tak penah dengar.

Sepanjang pembabitan aku dalam arena ni, sekolah aku tak pernah pun menang. Takde rezeki, nak buat camne. Lagipun aku ni suara back – up je ( ayat pelepas diri dari dipersalahkan).

Habis je kelas pukul 5, maka aku pun bergegas dan cergas balik ke rumah sebab member member aku kat kampung tengah tunggu aku untuk bermain. Main lagi!

Antara permainan paling famous kat kampong aku adalah guli, gasing, wau dan cap plum. Tahu tak cap plum tu apa? Ia ialah sejenis permainan tembak menembak menggunakan pistol yang diperbuat dari buluh dan pelurunya dari biji cenerai. Ia boleh mengeluarkan bunyi yang kuat bergantung kepada frequency dan amplitude. Peluru dia kalau kena badan pedih giler. Tapi bebudak zaman sekarang dah tak layan benda-benda camni. Depa lebih suka main game kat cyber café atau paint ball.

Kalaulah aku jadi Menteri Belia dan Sukan nanti, aku akan cuba memartabatkan permainan tradisi sebagai acara dalam SUKMA, OLIMPIK dan KOMANWEL.

Waktu malam muncul setelah senja merangkak menyusur mentari yang terbenam di ufuk barat. Pernahkah kita terfikir apakah hikmah di sebalik kejadian siang dan malam? Hikmahnya memang banyak bagi insan-insan yang mahu berfikir. Contohnya, kalau takde malam maka takdelah pasar malam, makan malam, kelab malam, kerja shift malam dan kelas malam. Maka takdelah pulak cerita pontinak harum sundal malam.

Ayah aku pernah bercerita tentang sejarah penempatan kami dan tanah yang kami duduk ni. Rumah kami adalah satu-satunya rumah yang pertama didirikan di tengah-tengah hutan buluh. Sebab itu aku suka makan rebung. Kat K.L. mana ada beb.

Tanah yang kami duduk ni adalah tanah pusaka tok wan aku. Orang dulu-dulu senang je nak dapat tanah sebab semua tanah-tanah kat situ belum diwartakan sebagai hakmilik kerajaan. Oleh itu sape-sape yang buka tanah tu, maka tanah tu jadi hakmilik dia lah. Zaman sekarang mana ada camni. Semua kena duit beb.

Aku kecewa betul dengan segelintir orang Melayu yang tak pandai nak bersyukur. Asal ada tanah sekangkang kera je, suka jual kat orang asing sebab nak dapat duit cepat. Pastu, dah takde tanah, berhijrah hidup kat kotaraya besar macam K.L., cari keja kilang nak hidup mewah konon. Sedarlah wahai bangsaku, tanah ini Tanah Melayu. Kalau tanah bukan milik kita bermakna kita akan mengemis dan merempat di bumi sendiri.

Berbalik kepada cerita ayah aku, saudara-mara kami semua hairan apesal ayah aku bermastautin kat tengah-tengah hutan ni. Tak takut binatang buas ke? Hantu ke? Kalau korang nak tahu, kawasan Changlun ni dulu black area waktu zaman komunis dan Jepun memerintah Malaya. Agak keras jugak lah. Ah! Persetankan itu semua. Mengapa perlu takut pada makhluk yang tidak mampu untuk membinasa?

Dulu-dulu, orang tak berani nak tinggal kat area ni. Tapi sekarang dah jadi hutan batu dan konkrit beb. Tak lama lagi jadi bandaraya la kot. Dah lah sempadan dengan Siam.

Pernah jugak beberapa kali aku dan adik-adik aku ditinggalkan oleh ayah dan mak aku sebab diorang balik kampong nenek aku kat Guar Chempedak, Yan. Nak angkut balik semua satu famili mana muat. Pecah tayar motosikal Honda C70 ayah aku. Kami kecik-kecik lagi masa tu, tak tahu apa-apa. Siang-siang boleh tahan berani, masuk malam je, terus tidur sampai ke pagi. Nak tengok t.v. mana ada lagi sebab karan belum masuk ke kawasan tu. Maka berkembaralah kami di malam-malam itu ditemani pelita minyak tanah dan lampu gasoline dihiburkan dengan suara-suara sumbang unggas-unggas rimba. Sesungguhnya ketakutan itu telah mengajar aku erti keberanian. Kalau tak biasa begini sampai bila-bila pun akan jadi penakut.

Aku bangga dengan ayah aku sebab dia boleh buat rumah menggunakan tulang empat kerat dia. Dari sekecil-kecil pondok sampailah sebesar-besar rumah macam ada sekarnag ni. Dari dinding buluh, berlantai papan, beratap nipah dan plastik getah sehinggalah diubahsuai kepada batu-bata. Dalam facility yang serba kekurangan ni tak bermakna kami tak bolah belajar dengan sempurna. Dan kami telah membuktikannya.

Pucuk ulam, sayur rebung, ikan air tawar dan makanan-makanan bervitamin tinggi adalah di antara menu rutin kami. Kami membesar bersama-sama makanan yang bebas dari bahan kimia. Aku takkan lupa setiap masakan mak aku yang dimasak atas dapur kayu dan periuk tembaga. Rasanya lebih sedap jika dibandingkan dengan masakan yang dimasak menggunakan teknologi canggih. Mak aku cakap, zaman jepun dulu lagi susah. Nenek dan atuk aku dulu makan ubi kayu je, cecah kelapa parut dan gula.

Aku dah tak ingat sejak bila aku terdedah dengan dunia hiburan di TV, tapi yang pasti aku selalu lepak rumah kawan-kawan aku tengok cerita GABAN dan SATRIA BAJA HITAM. Waktu tu rumah aku belum ada TV. Kampung aku pun belum masuk karan lagi. Line telefon pun tak ada. Tapi budak-budak zaman sekarang semua dah ada hanset. Siapa yang kaya?

Aku waktu zaman kanak-kanak dulu nakal sikit. Tak sikit, banyak jugak la. Selalu taknak dengar cakap mak ayah. Orang Kedah kata “KETEGAQ”, maknanya degil melampau-lampau tahap tegar. Semakin dilarang, lagi aku nak buat benda tu. Mak aku larang mandi sungai, aku terjun jugak. Dah berapa kali aku hampir-hampir lemas, tapi tak juga serik-serik. Bukannya apa, mak aku tak bagi mandi sebab nanti dia juga yang kena basuh pakaian aku. Dahlah waktu tu tak ada mesin basuh, semuanya guna tulang empat kerat, sental pakai tangan guna sabun CAP KAPAK. Kesian kat mak aku. So, untuk tak menghampakan mak aku dan mengelakkan dari kena marah, aku bawa balik la ikan dua tiga ekor. Boleh buat gulai asam pedas…slurpppppp…..

Parents aku suka menternak dan membela binatang. Ayam, itik, kambing, lembu adalah binatang-binatang yang bernasib baik dipilih untuk dibela oleh kami. Hehe. Akulah pengembala yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga haiwan-haiwan tu sekalian. Tapi sekarang kami dah tak bela kambing, tinggal lembu je empat lima ekor. Simpan untuk kenduri nikah aku nanti (elleh….berangan ler tu….). Sekarang haiwan-haiwan tu aku dah tak ambik tahu sebab sibuk study. Adik-adik aku yang take over. Biar diorang pulak merasa best ke tidak jadi pngembala.

“Kecil-kecil jadi pengembala, bila besar jadi supervisor”

Mak aku ni rajin sikit orangnya, jarang aku tengok dia duduk saja tanpa buat apa-apa. Ada-ada saja kerja yang dia nak buat. Sambil-sambil tanak nasi, sempat lagi dia pegi tanam pokok pisang. Dia memang pantang kalau tengok anak-anak dia tidur bangun tengahari terutamanya adik perempuan aku yang sorang tu. Bukankah awal pagi itu dilimpahi sumber rezeki?

Kalau ada kenduri kat kampung aku, maknanya melimpah ruahlah rezeki mak aku sebab dapat order untuk supply kuih kapal terbang dan “peneram”. Tradisi masyarakat kampong, tiap-tiap rumah kenduri akan menyediakan kuih-muih. Di kampung aku, kenduri cara bergotong-royong masih lagi diamalkan di bawah satu syarikat kenduri. Ayah aku di antara manusia yang agak sibuk bila ada kenduri sebab dia jadi setiausaha. Orang kampung tak kira tua atau muda wajib dating untuk tolong-tolong, paling tidak pun tolong menyibuk. Posisi aku yang paling digemari aialah basuh pinggan mangkuk atau jaga air. Kerja yang paling mudah di samping dapat “mengushar” bunga-bunga yang sedang berkembang mekar. Kenduri gotong royong ala table service sekarang dah semakin pudar. Masyarakat sekarang lebih suka buat buffet ala kadar (bukan a la carte). Orang bandar pula suka tempah kenduri daripada caterer, lebih mudah, cepat walaupun melibatkan kos yang tinggi. Selain itu ia dapat memberi manfaat kepada budak-budak yang suka buat kerja sambilan terutamanya bebudak HOTCAT.

Sebagai anak sulung, aku merasa bertanggungjawab untuk merintis jalan-jalan yang dilalui oleh adik-adikku. Keperitan dan kesusahan itulah yang menjadi nadi penggerak untuk setiap jantungku. Aku berssyukur kerana aku dilahirkan sebagai aku dan aku berpegang pada kata-kata “di sebalik sesuatu kejadian tersimpan hikmah yang tersembunyi”.

Penahkah kita terfikir apakah hikmah kita berada di sini? Mengapa kita jadi begini? Mengapa kita menjadi manusia? Mengapa tidak menjadi batang kayu? Mengapa tidak menjadi lebuhraya ataupun lampu isyarat? Jawapan kita menggambarkan diri kita.

Usia semakin meningkat. Masa berlalu begitu pantas. Pejam celik pejam celik dah besar panjang, bermisai dan berjanggut. Itulah tandanya kiamat sudah dekat. Tahukah kawan-kawan apakah perkara yang paling jauh dengan kita?  Ia bukannya kutub utara, kutub selatan atau planet Pluto. Perkara yang paling jauh dengan kita adalah masa-masa yang telah lalu. Walaupun sesaat ia berlalu ia tetap jauh sebab kita tidak akan bertemu dengannya lagi sampai bila bila. Buatlah apa benda pun. Biar secanggih mana pun teknologi, manusia tak mungkin kembali ke zaman lampau. Seringkali kita diperbodohkan oleh filem-filem tentang pengembaraan ke masa lampau, tetapi itu semua hamyalah cereka di sebalik skrin. Dah nama pun cereka, sudah tentulah rekaan semata-mata. Manusia boleh menghentikan putaran jarum jam tetapi masa tetap akan berjalan. Betapa berharganya masa sehingga Allah berfirman di dalam surah Al-Asr: “demi masa sesungguhnya manusia itu dalam kerugian…….”

Orang Barat memang tidak akan membiarkan kita hidup tanpa menurut telunjuk mereka. Lihatlah pada diri dan kehidupan seharian kita sendiri. Apa elemen-elemen barat yang tidak ada pada kita? Dari hujung rambut sampai hujung kaki. Dari gaya rambut berwarna, baju, seluar dan kasut berjenama sehingga kepada ideologi dan cara hidup kita, sekurang-kurangnya debu-debu mereka akan hinggap juga di tubuh kita.

Kerana terlalu canggih teknologi, maka canggih jugalah penipuan yang mereka buat. Berapa ramai orang Islam yang terpengaruh dengan agenda Bush dan sekutu-sekutunya memerangi keganasan sehingga pandangan kita kepada umat Islam di Iran, Iraq, Lubnan, Acheh dan Kashmir yang mempertahankan agama, bangsa dan negara dilabel sebagai militan dan pengganas. Mengapa kita semudah itu menerima istilah pengganas dan militan terhadap umat Islam, saudara seagama kita sendiri? Mengapa kita menerima bulat-bulat Osama Bin Laden dan Al-Qaeda itu sebagai pengganas sebelum kita siasat dulu? Adakah kita tidak nampak tiap-tiap hari berpuluh-puluh umat Islam yang mati dibunuh di Palestin oleh rejim Zionis? Mengapa Barat tidak melabelkan Zionis itu sebagai pengganas? Mengapa tidak didakwa di mahkamah antarabangsa sepertimana Saddam Hussein dijatuhkan hukuman mati? Jawapan bagi semua persoalan diatas adalah kerana KEADILAN TELAH LENYAP!

Wahai saudara-saudaraku, ketahuilah oleh kalian bahawa istilah ‘pengganas’ bagi Barat hanyalah untuk ‘umat Islam’. Astagfirullahalazim…….

Memang benar apa yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. bahawa umat Islam akhir zaman ibarat buih-buih di lautan: banyak tapi mudah pecah!

Aku sendiri menzahirkan kekesalan terhadap umat Islam yang dalam diri mereka tidak langsung berfikir tentang jarum-jarum halus yang cuba ditusuk ke dalam hati dan pemikiran mereka. Pada zahirnya mereka bersimpati terhadap nasib yang menimpa umat Islam di seluruh dunia seperti di Iraq, Palestin dan Afghanistan tetapi pada hakikat yang sebenar mereka tidak sedar bahawa mereka membantu musuh-musuh Islam untuk menindas umat Islam.

Itulah sebab mengapa aku tidak suka mejadi pengguna barangan-barangan dari Barat dan tidak mahu menonton filem Hollywood yang mana semua duit yang diperolehi oleh mereka akan digunakan oleh kerajaan mereka untuk memperkukuhkan negara mereka termasuk dalam bidang ketenteraaan untuk memusnahkan bumi umat Islam! Bukan sebab aku tidak berfikiran terbuka tetapi aku tidak mahu bersubahat. Anda boleh menafikan kata-kata aku sebab itu hak anda. Orang kita boleh jawab macam-macam. Semuanya pandai dalam bab-bab berbahas. Tapi bila anda ‘berbahas’ dengan malaikat Mungkar dan Nakir dalam kubur, barulah anda tahu erti ‘buku bertemu ruas’!

Adakah anda sedar bila anda baligh? Apa yang anda mimpi? Aku pun tak sedar bila. Mimpi pun aku tak ingat. Tahu-tahu je, mak aku cakap suara aku dah garau ala-ala penyanyi rock. Pastu jerawat tumbuh kat muka. Dulu tak pandai sikat rambut, baju sekolah pun asyik kotor je, pendek kata tak ambil kisah sangat soal penampilan diri. Bila dah baligh, asyik tengok cermin je. Sikit-sikit tengok cermin.sikit-sikit tengok cermin.

Budak perempuan biasanya matang lebih cepat dari lelaki. Yang dulunya berhingus, comot dan tak pandai melawa sudah pandai berjalan ala-ala model kebaya nyonya. Sudah pandai nak bercintan-cintan, ‘berabang-abang’ angkat, tulis-tulis surat dan gedik-gedik sikit.

Habis sekolah rendah kat SKDWK, aku takde pilihan lain selain Sekolah Menengah Kebangsaan Changlun (SMKC). Belajar kat mana-mana pun sama saja kan?

Kenangan Sekolah Menengah

Bila dah masuk sekolah menengah, nakal aku semakin menjadi-jadi. Aku dah malas nak kayuh basikal ke sekolah. Apa barang beb! Oleh itu, dengan muka simpati, aku minta permit daripada ayah aku untuk menggunakan motor kapcai C70nya ke sekolah. Lagipun motor tu takde siapa nak pakai. Biar lama-lama nanti jadi tukun tempat ayam melepak. Mulanya dia tak bagi sebab lesen belum dapat. Umur baru 14 tahun beb! Aku menggunakan sepenuhnya ilmu diplomasi dengan ayah sampai dia bagi juga. Setakat naik ikut jalan kampung apalah sangat? Kalau jumpa JPJ pandai-pandailah lari.

Dunia permainan kanak-kanak aku semakin ditinggalkan. Beralih pula pada jenis-jenis permainan yang sesuai dengan umur aku seperti bola sepak, bola tampar dan sepak raga. Waktu aku tingkatan satu dan dua, kelas aku pada sesi petang. Pagi-pagi aku cari duit dengan bekerja di sebuah ladang tembakau kat kampung aku. Bolehlah setakat nak buat belanja aku setiap hari, beli buku dan uniform sekolah. Sekarang ladang tembakau tu dah takde sebab tuan punya ladang tu dah tanam limau barli.

Di sekolah menengah ni, aku di antara pelajar-pelajar top 3 juga la. Tiap-tiap tahun mesti naik pentas. Aku cemburu tengok budak-budak Cina, diorang punya matematik memang cekap tetapi bila kami minta tolong ajar kedekut gila. Bukan semua la. Ada dua tiga orang yang kerek dengan budak-budak Melayu. Di SMKC ini jugalah aku menerima sepucuk surat dari dua orang junior untuk ‘melamar’ aku menjadi abang angkat. Ahhh…sudah! Adik-adik aku ada empat orang kat rumah pun tak terjaga, nak tambah lagi dua. Aku buat tak tahu ja dengan surat tu. Bila aku terserempak dengan mereka, mesti malu giler. Jahat ke aku buat macam tu? Astagfirullahalazim.

Hubungan aku dengan cikgu-cikgu kat sekolah agak kamceng juga la sebab aku tak suka lawan guru dan tak suka mengumpat cikgu. Jangan mengumpat guru tau, nanti ilmu tak berkat! Waktu aku Tingkatan Dua, guru disiplin tawarkan aku jadi pengawas. Mulanya berat juga aku nak terima. Maklum sajalah, pengawas ni tak ramai yang suka dan aku pula tak suka cari pasal dengan budak-budak lain. All of them are my friends. Bila difikirkan masak-masak, apa salahnya aku sahut cabaran tu. Lagipun jadi pengawas ni mudah dapat kepercayaan dari guru-guru. Yang penting lagi, uniform warna biru dan kasut hitam. Nampak smart la sikit kan?

Semua sekolah ada Hari Sukan. Sekolah kampung macam SMKC ni selalu buat acara merentas desa. Inilah yang aku paling tak suka sebab kena lari-lari masuk kampung. Mak aku tak bagi aku lari-lari sebab dia kata aku pernah masuk hospital waktu umur 6 tahun, dia takut aku penat. Bila aku minta pelepasan dari doktor, dia cakap aku sihat, takde sakit apa-apa. Mungkin mak aku risaukan aku kot penat berlari nanti. Seingat aku, aku hanya sempat masuk acara lontar peluru je sebab acara tu tak payah lari-lari. Itupun tak pernah dapat pingat, nak bagi meriah ja.

Masuk Tingkatan Tiga aku semakin aktif dengan Pengakap. Pernah aku pergi Jamboree Pengakap Sedunia kat Besut, Terengganu tapi bukan sebagai peserta, sebagai pelawat ja. Selain itu aku juga dilantik menjadi Pengerusi Persatuan Agama Islam. Semasa di Tingkatan Dua aku jadi Naib Pengerusi Persatuan Sejarah. Ustazah aku suruh aku jadi wakil sekolah untuk Tilawah Al-Quran (boleh ke aku ni? Hehe). Untuk tidak mengecewakan beliau, aku masuk jelah, nak bagi meriah.

Selain itu, semua budak-budak kelas aku telah menjadi wakil sekolah untuk Pertandingan Coral Speaking. Entah apa-apa la gang aku buat. Walau seaktif manapun, PMR tetap menjadi fokus utama. Aku kena ‘pulun’ betul-betul nak dapat 8A sebab aku nak tukar ke sekolah yang lebih baik dan teringin nak hidup di sekolah berasrama. Bila keputusan keluar, aku mampu dapat 7A 1B je. Bahasa Inggeris aku tetap tak cekap-cekap lagi. Huhu.

Aku dapat tawaran Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra (SMSTSP/ SEMESRA), Kangar, Perlis. Ayah aku pun buat kenduri doa selamat. Ayah aku biasalah, suka sangat buat-buat kenduri ni. Mungkin kerana berkat doa orang-orang kampung, aku berjaya sampai ke tahap ini. Oleh itu janganlah anda semua terlalu sombong untuk berdoa!

Sebenarnya aku dapat tawaran tu agak lewat. Kira-kira sebulan. Maknanya, sebulan aku sempat belajar sastera di SMKC. Bila aku dah masuk SMSTSP/ SEMESRA, banyak silibus aliran sains teknikal yang aku ketinggalan. Baru seminggu aku masuk kelas dah ada exam. Apa aku nak jawab? Sebab itulah aku dapat nombor last dalam kelas dan nombor 80 dalam tingkatan.

Dari awal tahun sampai final exam, aku masih biol dengan apa yang aku belajar terutamanya Matematik Tambahan, Fizik dan Kimia. Asyik fail je. Rasa macam bodoh gila. Tapi bila aku tengok bebudak lain pun macam aku juga, aku pun buat kesimpulan bahawa soalan tu yang susah, bukan kami yang bodoh. Mudah kan menyedapkan hati sendiri?

Guru disiplin lantik aku jadi pengawas lagi sebab aku dulu pernah jadi pengawas kat SMKC. Yang berbezanya, uniform pengawas kat sini berbaju putih dan berseluar putih pada hari Isnin dan berseluar coklat pada hari-hari biasa. Sewaktu mula-mula jadi pengawas kat sini, ramai pengawas senior yang tak suka kat aku sebab aku kurang gemar bergaul dengan mereka terutamanya pengawas perempuan. Aku lebih suka berkawan dengan pelajar-pelajar biasa dan berperangai pun macam bukan pengawas. Lama-lama barulah aku boleh rapat dengan semua pengawas. Itupun aku masih kekok berkawan dengan perempuan. NO WOMEN NO CRY!

Pada mulanya aku tengok budak-budak perempuan kat sini takde pula yang cun. Mungkin yang cun tu tak dapat belajar kat SBP kot. Ataupun bukan taste aku? Susah jugak nak cakap pasal taste ni. Apa yang kita nak selalu kita tak dapat. Apa yang datang pada kita selalunya bukan yang kita expect. Betul kan? Biar apapun, jodoh pertemuan di tangan Tuhan. Mungkin ada hikmahnya mengapa Allah menetapkan jodoh kita dengan seseorang yang mungkin sebelum ini kita tidak sangka. Tup! Tup! Dah pun kahwin dengan orang yang pernah kita benci.

Sekolah bukan tempat untuk mencari jodoh!

Tingkatan Lima adalah zaman kegemilangan di sekolah. Mana tidaknya, jadi senior beb!. Waktu ni, Badan Pengawas telah dibubarkan dan digantikan dengan Majlis Kepimpinan Pelajar. Semua pengawas diwajiban bertanding dalam pilihanraya. Pilihanraya kali pertama ini tidaklah meriah sangat sebab MKP baru saja dilancarkan. Tidak ada banner ataupun kain batik dan tanah merah yang disogokkan kepada para pengundi. Cuma ada seorang calon telah berani melekatkan posternya di tempat-tempat yang strategik sedangkan calon-calon lain tidak pun berbuat begitu. Excited betul mamat tu. Tahu tak siapa mamat tu? Siapa lagi kalau bukan aku!

Sekarang uniform MKP sudah bertukar, seluar warna hitam dan baju warna putih. Maknanya, sepanjang aku belajar di sini, aku dah pakai empat warna seluar: hijau, coklat, putih dan hitam! Aku menerima watikah sebagai Exco Kebersihan Dan Keceriaan. Memang bersih sekolah tu. Mana tidaknya, aku telah mengarahkan semua bebudak junior mengutip sampah di seluruh kawasan sekolah. Selain itu kami menganjurkan pertandingan kamar dan kelas terbersih pada tiap-tiap minggu.

Tahun ini kami bakal menduduki SPM. Tahun ini juga sijil berhenti sekolah akan dikeluarkan. Oleh kerana itu, semua bebudak batch aku telah menempah jawatan dalam tiap-tiap persatuan. Ada yang nak jadi ketua rumah, pengerusi kelab, wakil sekolah dan seumpama dengannya asalkan dalam sijil tu ada jawatan! Merasakan aku bukanlah orang lama di sini, maka aku pun taknak lah terlibat dalam komplot-komplot ni. Kalau ada orang bagi, aku ambik je. Maka menjawatlah aku jawatan Setiausaha Persatuan Seni Silat Gayung Pusaka Malaysia dan Bendahari Kadet Remaja Sekolah. Acara sukan langsung aku tak involve tetapi aku involve dalam Kuiz Agama, Nasyid dan Pertandingan Mencipta Komik Kreatif Peringkat Negeri Perlis.

Persatuan Pelajar Islam SMSTSP agak aktif dan agresif. Tiap-tiap malam kami ditugaskan untuk memberi tazkirah dan memimpin pelajar-pelajar junior membaca Al-Quran. Pernah sekali kami menganjurkan nadwah (kem motivasi) untuk bebudak tu. Sama ada kita sempurna ataupun tidak untuk memimpin orang lain, itu bukan faktor penting yang menghalang kita untuk mengajak orang berbuat kebaikan dan mencegah kemungkaran. Nobody is perfect. Sesungguhnya yang baik itu dari Allah dan yang buruk itu dari diri kita sendiri.

Bila dah dekat-dekat SPM, aku mula jadi ulat buku. Aku risau pasal tiga subjek sains yang hingga ke peperiksaan percubaan pun masih belum lulus sampaikan aku kena masuk kelas pemulihan untuk subjek KIMIA. Alhamdulillah, boleh juga merasa A2 Kimia SPM aku. Kesimpulannya, belakang parang kalau diasah pun akan tajam inikan pula otak manusia. Gagal berkali-kali bukan beerti kalah dan tidak semestinya akan terus gagal.

SPM batch 2000 sudah tidak dikira mengikut agregat untuk pertama kalinya. Maknanya kami adalah perintis SPM Terbuka dan digelar batch experiment.

Hari-hari terakhir di sekolah amat menyedihkan, maklumlah akan berpisah dengan kawan-kawan dan rakan-rakan. Walaupun aku belajar di sini hanya dua tahun tetapi kenangan di sini tetap segar dalam ingatan. Tidak ada lagi kawan-kawan yang datang kat aku untuk minta tolong gunting rambut. Tidak ada lagi istilah fly (lompat pagar). Tidak ada lagi surat terbang dari secret admirer yang sampai ke hari ini aku tidak pasti siapa yang hantar. Tiada lagi adik atau kakak angkat untuk berbual-bual. Tiada lagi buku-buku atau nota-nota yang perlu dihafal.Tiada lagi uniform sekolah yang perlu diiron dan tiada lagi kegiatan makan megi dalam baldi yang menggunakan air paip. Semuanya tinggal menjadi kenangan yang abadi.

Habis SPM, aku terus cari kerja tanpa memerlukan banyak masa untuk membuang masa. Duduk rumah hanya mengundang gelisah dan menaikkan berat badan. Selepas aku merayau-rayau di Pekan Changlun, aku pun mendapat kerja di sebuah kedai barangan elektrik. Memang teruk kerja kat sini. Masuk kerja pukul 9 pagi. Balik kerja pukul 10 malam. Gaji hanya RM10 sehari. Tiap-tiap hari kena marah dengan tauke Cina. Terasa terhinanya orang Melayu macam aku yang hanya menjadi kuli. Rasa tidak puas hati memang ada. Mengapa portfolio ekonomi bukan orang kita yang pegang? Mengapa kita terus mahu hanya menjadi pengguna dan bukannya pengusaha? Orang kita memang malas. Belajar tinggi-tinggi pun sebab nak kerja makan gaji. Realiti!

Oleh kerana tidak tahan dan panas telinga aku beralih arah menjadi penjual sayur di Pasar Changlun dengan seorang tauke Melayu. Kerjanya agak mudah. Masuk kerja pukul dua petang sampai Maghrib, dapat upah RM 12 – RM 15 sehari. Barulah aku tahu, berniaga ni best rupanya sebab suka tengok dan pegang duit banyak-banyak. Duit hasil kerja aku aku buat belanja untuk ambil lesen motor dan bagi kat adik-adik buat belanja sekolah.

Diploma Mekanikal, UiTM Arau

Lepas result SPM keluar, aku rasa puas hati. Not bad la! Mula-mula aku dapat panggilan dari Matrikulasi Sungkai, Perak tapi aku tolak mentah-mentah sebab aku tunggu tawaran UiTM. Rupanya penantian aku tidak sia-sia. Maka bermulalah era aku di UiTM Arau sebagai pelajar Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Manufacturing).

Banyak kelebihan belajar di UiTM. Boleh makan percuma, hostel percuma, yuran murah tetapi mendapat pengiktirafan yang tinggi dalam industri. Pengalaman belajar di Arau adalah yang paling indah dalam hidup aku. Di sinilah aku mendapat nickname SHAWN (sub hunter against women nation) yang melekat sampai sekarang. Nama tu kawan-kawan aku bagi sewaktu minggu orientasi atas sebab-sebab dan peristiwa yang tidak dapat dielakkan.Hehe.

Kursus mekanikal adalah di antara kursus yang paling tough dalam UiTM. Senior-senior kami semuanya ganas-ganas belaka. Pergi kelas pun pakai selipar Jepun dan t-shirt Pagoda ja. Kira macam brutal la. Lecturer pun lebih kurang, tak ambil kisah sangat. Budaya orientasi dengan senior tetap ada. Aku dan beberapa orang kawan aku telah dipanggil ke bilik senior untuk sesi perkenalan. Ingatkan balik, banyak cerita lucu berlaku yang tak boleh aku nak cerita.

Zaman ni kami baru berumur 18 tahun. Pada usia sebegini, tidak ada sesiapapun boleh menafikan, sekurang-sekurangnya ada sedikit perasaan untuk menonjolkan diri dan menarik perhatian di kalangan rakan-rakan sebaya. Baru masuk semester satu dah ramai yang couple. Yang perempuannya akan menonjolkan diri di depan budak-budak lelaki dan yang lelaki akan bersiul-siul sambil mengayat.

Bagi kami budak-budak mechy (mechanical eng.), taste kami agak tinggi dan kurang gemar berkawan dengan perempuan. Sebab tu ada girls yang tuduh kami sombong. Lagi satu, sekiranya ada kawan-kawan kami yang dah couple dan lebih mementingkan awek dia berbanding kawan-kawan, maka jangan salahkan sesiapa kalau dipulaukan. Tapi itu semua dulu. Kami dah boleh berfikiran terbuka. Sekarang semua kawan-kawan aku dah ada awek. Yang dah kahwin pun ada. Aku bila lagi?

Sewaktu aku di semester pertama dan kedua, aku melibatkan diri dalam Kor Kadet Bomba dan memegang jawatan Ketua Skuad. Antara aktiviti paling best yang pernah kami buat ialah perkhemahan di Gua Kelam dan Gunung Jerai. Selain itu kami juga ada buat fire drill (latihan kecemasan semasa kebakaran). Buat pula di kolej siswi. Peluang masuk ASPURI malam-malam beb…….auwchhhhh!

Cuti Semester Kedua, aku dan tiga orang kawan aku telah keluar untuk mencari kerja. Kami tertarik apabila mendengar ada kerja kosong sebagai ‘pegawai penyelidik pemasaran’. Kebetulan pula seorang kawan aku pernah bekerja di situ. Tanpa membuang masa kami pun mendapat kerja tersebut atas bantuan kawan aku tu. Kebetulan pula syarikat tu nak buat annual dinner hotel di Batu Feringghi, Pulau Pinang. Bestnya. Belum mula kerja dah boleh berseronok-seronok. Itulah kali pertama aku tidur kat hotel.

Selepas dua hari, kami pun mula kerja. Aku merasa tertipu sebab pekerjaan kami yang sebenar ialah sebagai salesman dari rumah ke rumah. Huhuhu….tipah tertipu bang! Selepas seminggu aku pun berhenti kerja. Tak sanggup nak menipu bangsa sendiri dengan takti-taktik penjualan yang penuh dengan putar belit. Nak tahu macamana taktik-taktik tu, datang jumpa aku….nanti aku cerita.

Semester Tiga, aku dan seorang kawan aku yang namanya juga sama macam nama aku telah menjalankan perniagaan membekal mee segera untuk pelajar-pelajar kolej secara underground dan undercover. Sebagaimana yang diketahui, mee segera adalah makanan ruji bebudak IPT. Kami juga menyediakan khidmat memasak dan room delivery service. Aku buat bisnes ni sebab duit biasiswa aku habis beli motosikal secara cash. Sayangnya, motosikal tu dah kena cilok. Honda EX5, bernombor pendaftaran RC 7899. Berlaku pula dalam bulan puasa, lagi 10 hari nak raya. Sadis….sadis…patah kaki beb! Mungkin bukan rezeki aku. Sampai sekarang aku fobia dengan motor. Aku nak nasihat kat korang semua, jangan parking motor kat tempat gelap dan diragui, jangan lupa beli kunci yang berkualiti tinggi dan belilah insurans first party.


Kejadian itu berlaku ketika cuti semester. Pada masa yang sama aku bekerja sebagai wireman di tapak pembinaan sebuah politeknik di Pauh, Perlis Darul Sunnah. Pengalaman yang mencabar bergaul dengan budak-budak nakal, kaki ponteng puasa dan suka curi tulang. Memang betul apa yang orang cakap, orang kita malas bekerja. Kerja sedikit tapi nak duit banyak. Pergaulan dengan mereka tidak sedikitpun menggugat puasa aku walaupun mereka sering makan di depan aku. Mereka tanya aku, “macamana hang ni larat puasa?” Aku jawab, “adik aku yang baru darjah satu pun boleh puasa penuh, malu la kalau umur dah 20 tahun pun tak boleh puasa beb!”

Semester Empat ialah zaman kesedihan. Sudahlah tidak ada transport, duit biasiswa pula kena sekat. Kalau korang berada di tempat aku, apa yang korang akan buat?

Oleh kerana desakan hidup yang agak kronik, aku terpaksa manjalankan kegiatan menjual nasi lemak dari kolej ke kolej pada malam hari. Di kala kengkawan aku sibuk siapkan assignment, aku sibuk running nasi lemak sampai awal pagi. Lepas tu aku tiru je assignment dari kawan-kawan aku. Dan sebagai balasannya, CGPA aku jatuh teruk. Padan muka!

Semester ini juga aku mula belajar main gitar dari roommate aku. Orang lain sibuk baca buku, aku sibuk baca kod gitar. Korang boleh bayangkan tak, betapa aku hilang punca dan tertekan ketika itu?

Naik Semester Lima, aku dah mula insaf terhadap kecuaian aku yang telah mencacatkan CGPA aku. Walaubagaimanapun, bisnes tetap kena jalan sebab aku dah terbiasa dengannya, susah aku nak tinggal. Kali ini bisnes aku lebih terjamin sebab pak guard yang supply nasi lemak kat aku. Dapatlah komisen dua puluh sen sebungkus. Kalau seratus bungkus dah berapa? Kadang-kadang RS (pegawai asrama) pun datang beli nasi lemak kat aku. Keputusan peperiksaan semester ni meningkat banyak. Taklah seteruk semester lepas.

“Ramai orang berjaya setelah mereka gagal kerana mereka belajar dari kesilapan”

Zaman kegemilangan bebudak engine di Arau pupus pada semester keenam. Fakulti kami terpaksa dipindahkan ke Kampus Bukit Mertajam, Pulau Pinang Darul Naina. Kampus yang gah bagaikan Gotthem City tetapi panas dan kering ibarat padang jarak padang tekukur. Memandangkan semester ini dah nak graduate, kami berusaha habis-habisan untuk meneruskan sisa-sisa perjuangan mendapatkan sekeping kertas bermaruah.

Selepas Tamat Diploma

Selepas graduate, aku tidak terburu-buru untuk sambung ke peringkat ijazah. Aku mengambil masa enam bulan untuk menilai semula apa yang aku dapat sepanjang aku  belajar selama tiga tahun. Adakah ia selari dengan naluri dan cita-cita aku untuk menjadi businessman ataupun pensyarah? Jika penilaian aku tidak menyebelahi apa yang telah aku lalui, aku perlu mengubah haluan. Aku tidak merasa rugi sebab itu semua adalah ilmu dan pengalaman. Nak menuntut ilmu, mesti ikhlas dan bukan untuk mencari pekerjaan semata-mata. Aku harap ijtihad aku adalah benar.

Dua bulan pertama, aku bekerja dengan seorang yang aku pangil ‘abang’ di sebuah cafeteria Universiti Utara Malaysia, kira-kira 10 minit perjalanan menggunakan motosikal dari rumah aku dengan kelajuan 90km sejam. Pada masa itu, cafeteria tersebut menyediakan makanan untuk para pelatih PLKN, enam kali sehari. Maunya tak gemuk? Kalau bebudak tu makan sopan-sopan takpe, ini tidak…..berselerak nasi dan lauk pauk di atas meja dan lantai. Lepas tu tak reti-reti nak basuh tray sendiri. Inikah pelapis generasi akan datang yang bakal memimpin negara?

Kerja kat sini memang teruk. Bangun seawal pagi sampai tengah malam baru habis kerja. Sebab tu berat badan aku turun mendadak. Barulah aku tahu, penat rupanya kerja di dining ni. Dulu waktu dapat makan free kat hostel, asyik kutuk je pekerja dining sebab masak tak sedap la. Sekarang baru aku tahu erti bersyukur. Dahlah makan percuma buat apa nak complaint lagi? Taknak makan kat hostel, masak sendiri.

Walaubagaimanapun, keletihan aku terubat bila dapat berkenalan dengan beberapa orang urusetia yang baik-baik dan tak sombong. Mereka sebenarnya pelajar UUM yang juga bekerja dengan PLKN pada waktu cuti semester. Sebelum habis PLKN, aku sempat minta topi PLKN dari diorang sebagai kenang-kenangan yang masih aku simpan sampai sekarang.

Bila habis PLKN, aku tak ada keja. Pagi-pagi aku masuk hutan cari rebung, pastu jual kat pasar. Tak tahu nak buat apa beb!

Bila semua IPTA dah dibuka semula, aku pun ‘berpura-pura’ seolah-olah masih seorang pelajar UiTM.

Untuk melepaskan rindu kat Arau, aku pun pergi menemui saki-baki kawan-kawan aku yang masih belum habis belajar di UiTM Arau. Setelah berdikusi selama beberapa hari, aku bercadang untuk mengembalikan profesion aku sebagai pengedar nasi lemak di situ.

Maka dengan serta merta aku minta tolong mak aku buat nasi lemak. Malam-malam aku pergi jual. Rumah aku dengan UiTM bukanya jauh sangat pun, kira-kira 30 minit dengan kelajuan sederhana. Awalnya aku rasa tak sedap hati, buat bisnes macam penyeludup. So, aku telah berpakat dengan seorang kawan aku untuk menyewa sebuah ‘pantry’ untuk menjalankan perniagaan secara sah dan halal.

Start dari hari tu, bisnes kami berkembang pesat bagaikan pelabuhan entreport. Aku menjaga pantry tu sampai ke awal subuh sebab budak-budak ni suka stay-up. Entah baca buku ke main game pun aku tak tahu. Antara menu-menu yang ada adalah seperti nasi lemak, mee, koey tiow, bihun, pizza, mee segera, air sirap, air tin dan segala jenis air bancuh yang pernah korang minum di kedai-kedai mamak.

Seringkali budak-budak tu tanya: “abang ni part berapa?” aku jawab, “ part time…..hehe….”.

Duit yang aku perolehi selama satu semester aku berniaga di situ aku buat beli motosikal yang aku pakai sekarang ni!

Optimis dan dedikasi dalam soal pelajaran adalah sifat yang perlu ada dalam diri setiap pelajar. Ilmu tidak akan mengecewakan setiap insan yang ingin memilikinya bersungguh-sungguh. Macam nak memikat awek la jugak. Kalau main-main ada ke awek nak terima? Orang perempuan sila jawab!

Ijazah belum tentu menjamin masa depan. Seorang tokoh industri permotoran terkenal, Honda pernah mengatakan bahawa sekeping tiket wayang itu lebih bernilai berbanding sekeping ijazah sebab sekeping tiket wayang telah menjanjikan bahawa anda akan mendapat tempat dalam panggung wayang. Sekeping ijazah belum tentu menjanjikan anda untuk mendapat tempat dalam industri!

Niat menentukan bagaimana sesuatu amalan itu dinilai. Menuntut ilmu hukumnya fardhu, sama ada fardhu ‘ain ataupun fardhu kifayah (orang lain buat, kita tak payah). Sebab itu kita perlu belajar walaupun ada orang cakap, mengapa perlu belajar tinggi-tinggi? Oaring-orang tua dulu tak masuk universiti pun boleh tanggung anak beberapa orang, lembu sekandang dan tanah berbidang-bidang. Dulu lain, sekarang lain. Sebab kekurangan ilmulah orang Melayu selalu kena tipu.

IJAZAH, UiTM SHAH ALAM


23/11/2004. Hari ini aku perlu mendaftarkan diri sebagai pelajar jurusan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perkhidmatan Makanan, Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan.

Aku datang lebih awal sehari sebelumnya dan squatting di rumah kawan-kawan aku. Awal-awal semester macam ini mana nak cari rumah sewa.

Pagi itu, aku awal-awal lagi aku bergegas ke Dewan Seri Budiman bersama isteri abang sepupu aku. Kak Aniem tinggalkan aku kat DSB tu dan pandai-pandailah aku masuk daftar.

Aku ternampak papan tanda HOTCAT di suatu sudut. Perkara pertama terlintas dalam fikiran aku “ke mana pelajar lelaki? Semua perempuan ke?”. Aku agak segan-segan sedikit dengan kaum Hawa ni. Dahlah tak kenal.

Selepas menyelesaikan urusan yuran dan pendaftaran, aku pun cergas ke kaunter fakulti. Pensyarah pertama yang aku jumpa ialah Pn Raja Puteri sebab dia yang berada di kaunter itu. Dia juga yang tegur aku sebab memakai seluar jeans. Barulah aku tahu pelajar HOTCAT dilarang memakai jeans. Tak seperti pelajar mechy. Selepas daftar, aku balik ke rumah dan tidur!

Dalam minggu itu juga, aku kena daftarkan subjek dan menguruskan pengecualian kredit. Aku tercari-cari mana budak-budak kelas aku. Tiba-tiba datang seorang budak yang membuatkan aku keliru tentang jantinanya. Sekali pandang macam lelaki. Bila dia bercakap dengan aku dan beritahu namanya Norin, barulah aku tahu. Tomboy rupanya! Dialah satu-satunya classmate aku.

Oleh kerana batch aku ni hanya ada dua orang, maka Ketua Program menyuruh kami untuk masuk kelas budak-budak lain. Tiap-tiap subjek, kelas lain-lain. Macam-macam manusia aku jumpa.

Daripada silibus yang diberikan, aku dah boleh berkira-kira berapa aku nak capai di semester pertama ni. Aku dah nekad, kalau aku tak dapat Anugerah Dekan, aku berhenti! Maka berjuanglah aku bersungguh-sungguh siang dan malam untuk menyahut cabaran itu. Alhamdulillah, jodoh aku dengan UiTM panjang.

Agak kelam-kabut jugak di semester pertama ni. Aku dipaksa ambil lapan subjek, bersamaan 23 jam kredit. Mampus! Hidup aku tak ada lain kira nak belajar ja.

Semester pertama dah kena masuk dapur. Aku ni bukan suka sangat nak masak-masak ni. Hari pertama dah kena sound dengan En. Nizam sebab tak pakai uniform. Maka dengan pantas aku bergegas ke MAKRO untuk membeli uniform. Tapi bila aku pakai ada kawan-kawan aku perli, “Eh, baru part one dah jadi chef?” Ada jugak yang ingat aku ni pensyarah. Sebabnya aku pakai baju kitchen yang berbutang hitam!

Berkat kesabaran, kesungguhan, kerajinan, doa dan tawakkal, akhirnya halangan pertama telah berjaya ditempuhi. Aku telah berjaya mendapat Anugerah Dekan dan aku telah bernazar untuk membotakkan kepala. Macam orang nak pergi haji.

Cuti semester itu, aku bekerja di kilang coklat, Network Foods Industries Sdn. Bhd. Satu pengalaman manis bila dapat duit hasil dari titik peluh sendiri tetapi pengalaman pahit dimarahi oleh supervisor berbangsa India sebab aku telah keluar solat Jumaat tanpa kebenaran beliau. Mengapa perlu takut pada makhluk? Makhluk tidak ada kuasa, tetapi Allah Maha Berkuasa.

Bila naik semester kedua, aku berimej botak. Agak ganas, tetapi lemah lembut. Aku tidak suka membuang masa. Bermula dari awal semester lagi aku dah mencari buku-buku dan nota-nota dari senior. Maka senanglah aku membuat rujukan dan menyiapkan assignment. Wahai kawan-kawan, salah satu rahsia kejayaan seorang pelajar ialah bertanya pada yang tahu dan ambil pengajaran dari orang yang berpengalaman. Jangan ingat kita pandai dan sombong untuk belajar dari orang lain.

Semester kedua ni, beban aku macam biasalah, kena ambil tujuh subjek. Aku kena ambil semua subjek part 3 dan baki subjek-subjek part 2. Nasib baik semua subjek aku skor kecuali BEL. Maklumlah, Melayu sejati.

Semester inilah aku mula rapat dengan kawan-kawan sekelas sebab aku jadi class rep. Semester ni juga kami arrange trip ke Pulau Kapas, Terengganu. Dapat juga merasa kenikmatan melancong. Perkara paling seronok sepanjang aku di fakulti ini.

____________________________________________________________________

cerita di atas ialah sedutan drpd NOVEL yg bakal sy siapkan tidak lama lagi….sy mengalu-alukan sebarang komen atau cadangan utk memantapkan lg karya saya.tq.

24 thoughts on “Diari Seorang Lelaki

  1. teringat memori lama bila bc blog u ni.. hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.smga bjaya n bahagia dunia akhirat…

  2. salam…hang karkun ka..saya berminat nak bela ayam kampung kacukan…tapi wat masa nie saya dapat info dari membaca jer itu pun baru ciput….tanah dah bersihkan…reban dalam 2 minggu lagi siap tapi ilmu tak cukup lagi…hang ada soft copy manual cara2x nak bela ayam kg kacukan tak…klu ada leh la emailkan amins_proton.com

  3. wauw,,,,, best la baca crita abang ni,,,,, nampak sngat abang cukup menghargai kehidupan yg lalu,,,,,, caiyuk,,,,, moga ceria selalu dan beroleh kejayaan,,,,,
    >sy pun org kedah gak ,,tak jauh pun ngn changlun tu,,,,, pas ni leh la sy p jumpa abang,,, nak brguru pasal ternakan unggas ni,,,,,,,,

  4. cerita yg amat menarik,santai dan bagus.Sesuai difilemkan…teruskan menulis krn anda memang berbakat. Congrats!diharap ada kesinambungannya. tq.

Leave a comment