Ubahlah Hidupmu Wahai Penganggur

“Wah, ada ijazah rupa-rupanya kawan aku ni!” ujar Hakimi tatkala melihat resume Syahir.

“Tak ada maknanya. Dah empat tahun aku gagal mendapat kerja yang selayaknya.” balas Syahir agak kecewa.

“Kau memilih kerja sangat kut … ?” Hakimi cuba menduga.

“Memilih kerja apanya? Kau tak nampak ke aku dok bela ayam sekarang ni?.” balas Syahir.

“Okay lah tu. Ada juga kerja.” Hakimi cuba menenangkan.

“Belajar tinggi-tinggi takkan layak jadi penternak je?. Lebih baik tak payah masuk U kalau macam ni,” Syahir memprotes.

“Kau kena banyak bersabar, Syahir. Rezeki Allah dah tetapkan. Jika aku di tempat kau, aku pasti akan buat projek ternak ayam ni sungguh-sungguh.,” ujar Hakimi lagi.

“Cakap pakai air liur senanglah. Jasad yang nak menanggung ni perit. Tiap-tiap bulan surat datang suruh aku jelaskan hutang PTPTN. Siapa nak bayar?” Syahir terus menzahirkan kekecewaannya.

“Aku dulu pun nak dapat kerja susah jugak. Maklumlah belajar setakat STPM je.” Hakimi terus menyabarkan rakannya

“Walaupun kau belajar sampai STPM je, tapi gaji kau lebih tinggi daripada aku.” ketidakpuasan hati Syahir terpancar lagi. “ Kalaulah aku tahu begini nasib aku, lebih baik aku kerja terus je lepas habis SPM dulu. Cuba tengok kawan-kawan kita yang terus kerja, sudah boleh pakai kereta. Tapi aku … ?”

“Syahir, kau tak boleh cakap begitu. Menyalahkan takdir namanya tu.” Hakimi cuba menenangkan kawannya yang agak tersasar. “Mesti ada hikmah mengapa Allah belum bagi kau kerja yang kau mahu.”

“Aku bukan menyalahkan takdir tapi aku tak puas hati!” Syahir bertambah geram.“Cuba kau tengok anak ketua kampung kita tu. Belajar bukanlah pandai sangat tapi dapat juga kerja dengan kerajaan sebab ayah dia rekomen jadi cikgu . Kita yang tak ada kabel ni nak minta tolong siapa?”

“Kerja kosong di jabatan lain kan ada lagi?” Hakimi menunjukkan iklan jawatan kosong di sebuah akhbar tempatan.

“Penipu semua tu. Sebenarnya jawatan tu sudah ada orang punya. Iklan tu keluar sekadar syarat dan prosedur je. Nak tunjuk kata mereka ni telus.” Api kemarahan Syahir belum padam.

“Jadi sekarang ni kau dah putus asa?” tanya Hakimi.

“Entahlah. Dalam dilema aku sekarang ni. Mak bapak aku asyik tanya pasal kerja. Aku bukannya tak mahu cari kerja tapi aku dah bosan dengan permainan kroni-kroni ni. Mak bapak aku tak paham. Zaman sekarang ijazah hanya sekeping kertas yang digunakan untuk mengemis kerja.”

“Jadi, sekarang apa rancangan kau?” Hakimi terus menerus cuba mengeluarkan rakannya dari kemelut yang dialami.

“ … ” Syahir hanya mendiamkan diri. Mungkin memikirkan sesuatu atau sudah malas untuk berfikir.

“Sekarang, macam ni lah. Aku keluarkan modal untuk besarkan projek ternakan ayam kau ni. Amacam?” Hakimi memujuk rakannya itu.

“Kau pun tahu kan? Projek ayam ni bukan boleh bagi untung serta merta. Hari ini buat, esok dah untung. Tidak.” Jelas Syahir. “ Kalau kau betul-betul ikhlas nak bagi, aku terima tapi bagaimana kalau tiba-tiba projek ni terkandas di tengah jalan? Ayam mati, kena curi dan sebagainya.”

“Rezeki milik Allah. Kita cuba dahulu. Untung dan rugi adat berniaga, sahabat!” Hakimi cuba menenangkan Syahir. “Seandainya projek ni berjaya dan menunjukkan prestasi yang baik, aku cadang nak berhenti kerja untuk buat penternakan ni sepenuh masa.”

“Kau ni pun satu. Dah ada gaji besar, sibuk nak berhenti pulak. Kalau tak nak bagi kat aku jelah.” Entah apa motif Syahir berkata begitu.

“Syahir, aku kerja ni untuk cari modal berniaga. Alang-alang aku dah ada kawan yang berpengalaman, lebih baik aku joint venture dengan kau aje. Sampai bila aku nak jadi kuli, bro? Aku pun teringin juga nak rasa bebas jadi tauke.” jelas Hakimi.

“Kalaulah kau propose benda ni awal-awal kat aku, taklah aku pening kepala nak cari dana. Aku memang dah lama nak besarkan projek tu tapi tak ada dana dan kawan yang memberi sokongan.” Kemarahan Syahir mula reda.

“Kenapa kau tak buat pinjaman ja?” tanya Hakimi pula.

“Berhutang ni adalah perkara yang paling aku takut dalam hidup. Hutang PTPTN pun tak bayar lagi. Nak tambah yang lain pulak?” jawab Syahir.

“Yelah, berhutang untuk berniaga apa salahnya? Jangan lari sudahlah.” ujar Hakimi.

“Malaslah nak pinjam-pinjam. Kena buat proposal la. Prosedur tu, prosedur ni. Kalau nak bagi pinjam, bagi jelah!.” Syahir mengomel.

“Aku nak tanya kau, kalau ada orang datang nak minang anak kau, kau bagi terus ke atau siasat dulu?” tanya Hakimi.

“Mestilah siasat dulu. Takkan nak bagi macam tu ja. Dapat si penyagak, menangis tak berlagu la jawabnya.” jawab Syahir.

“Tahu takpe. Duit yang orang nak bagi kat kita pun, mestilah diorang nak tahu siapa yang pinjam. Boleh bayar balik ke tak?” jelas Hakimi.

“Betullah. Tapi bunga tinggi sangat. Dah jadi macam ah long.” Syahir pantang beralah.

“Cakap dengan orang tak mahu dengar nasihat macam kau ni payah jugak ya?.” kata Hakimi agak kecewa dengan sikap Syahir.

“Sekarang ni macam ni lah. Kita tutup perbincangan kita. Aku nak pergi bagi makan ayam-ayam aku tu. Dah lapar agaknya. Pasal modal yang kau nak inject tu, terpulanglah kepada kau. Aku terima saja” jelas Syahir menamatkan perbualan mereka.

Ubahlah hidupmu wahai penganggur yang budiman. sampai bila mengejar kerja? carilah peluang bekerja sendiri.

 

PENTERNAKAN AYAM-COMBO

Kepada sesiapa yang nak “buat duit” dengan penternakan:

1. Ayam kampung
2. Ayam Turki, Piru atau Belanda
3. Ayam mutiara, api-api.

Boleh dapatkan e-book ni.

Harga RM 40.

Cara pembelian:

1. Bank-in ke akaun CIMB (1205-1405-8845-24) – Mohd Khairi Tajudin

2. Nyatakan nomb0r rujukan pembayaran menerusi emel ke khairitajudin.gmail.com

3. E-book akan dihantar dalam masa 24 jam selepas pengesahan pembayaran dibuat.

 

12 thoughts on “Ubahlah Hidupmu Wahai Penganggur

  1. salam bro, aku sgt2 bersetuju dgn statement ko psl kroni & kabel ni. aku pn dah tension psl hal ni. nak keja skarang ni bukan “WHAT DO YOU KNOW?” tapi “WHO DO YOU KNOW?”.

    aku dah setahun lebih jobless (bukan habis keja xde keja tapi diberhentikan keja sebab gawat minyak hari tu). keja kat website dan surat khbar banyak, tapi banyak semua atas kertas je, suma dah di isi walaupn baru 5 minit di iklankan.

    sekarang kalau xde org dalam or kabel jangan harap la nak dapat keja. dulu swasta je, sekarang dah berjangkit ke kerajaan budaya kabel ni.

    aku pernah sekali, terbaca satu iklan jawatan kosong di satu jabatan dalam kerajaan negeri, iklan tu belum cukup sehari diiklankan, aku pergi untk dapatkn borang dan bila sampai staf kat situ cakap jawatan tu telah di isi, hairan bin ajaib tak? baru je iklan dah ada org dah. seorang kwn aku pulak, yg pergi interview suma tak dapat, yg dapat yg x pergi interview.

    satu lg, kalau interviewer tu lelaki, confirm dia akan ambik perempuan ramai. aku bukan bias dgn perempuan tp sesetengah jawatan lelaki lebih sesuai, contoh time aku keja dulu, aku seorang je lelaki, yang dua lagi perempuan, hampir semua keja aku buat (keja byk berjalan, jmpa org, masuk fabrication yard dll). pakcik aku lecturer kt sebuah IPTA, dia mntak research Assistant(RA) yg ada background fizik tp yg di hntr bukan setakat xde fizik malah xde degree.

    jd kalau org ckp pekerja terutama org keja kerajaan xde kualiti mmg patut pn. sebabnya, ambl org yg x berdasarkan kelayakan & pengalaman tp ada org dalam ke x. aku sekarang dah malas nk isi borang keja, lau isi pn x berharap dpt or x, sbb budaya kroni kabel ni la puncanya.

    aku sekarang br nk berjinak2 dgn bisnes. walaupn bisnes kecik je, tp tu je yg aku mampu, PTPTN kena bayar, ansuran keja pn kena byr, duit pampasan aku pn dah nk hbs dah. nasib baik aku x kawin lg, lau x confirm bini aku dah mntk cerai hahaha. semoga berjaya dalam bisnes bro.

    • apa yang anda luahkan..sangat dekat di hati aku…aku & kau tak keseorangan. ramai lagi lepasan universiti macam kita yang jobless, under-employment etc. Government hanya tahu suruh kita belajar tinggi2, semua rakyat ada ijazah…tapi cara mengambil pekerja menggunakan kabel bawah tanah…oh Tuhan! Ampunilah dosa kami!

  2. saya pun setuju dengan pendapat anda semua… kerajaan suruh belajar tinggi tinggi, bila dah habis digree, tak dapat kerja… kawan kita yang lepas spm lebih senang nak dapat kerja banding kita… saya pun tak jelas dengan sistem pengambilan kerja negara kita…

  3. Masalah aku pulak…:( lagi sedih ni..try nak kongsi, kot2 ada yang sudi memberi tunjuk ajar nasihat ke…?…sejuk juga hati ni dibuatnya..
    alkisah cerita aku macam ni, aku ni lepasan diploma je, selepas 4 bulan menganggur aku bekerja sebagai juruwang di sebuah pasraya, mula2 juruwang pas tu dinaikkn pangkat ke penyelia juruwang..banyak orang mengata belajar Diploma It tapi keje Cashier je??..dah nasib aku nak buat cammna..penah juga kena panggil interview spp fuhh tak der rezeki ..aku fail la…sayang betul rasa macam kecewa sangat..

  4. dah hampir 3 tahun aku keja di pasaraya tu,..dah semakin muak pulak..still tak dapat keja yang sesuai..dengan kelulusan ni, banyak kawan aku cakap apasal tak try keja office?,..maka aku pun berhenti keja la dari juruwang tu…mak oiii..aku berhenti keja dapat pulak store clerk kat sebuah company, masya Allah aku terkena boss nya perangai macam taik kucing..tu lah kemaruk nak tukar keja kan, inilah balasan aku dapat..pendek kata aku hanya mampu keja dalam 3 bulan je kat tempat tu disebabkn aku taj bekenan ngan perangai boss tu??…huhhhh dunia..dunia…sangat susah nak cari keja ni tau rak?…behari2 aku beli suratkhabar…until now still menganggurrrrr oh noooo….Ya Allah permudahkan jalanku Ya Allah

    • HatiLara, kadang2 perkara yang kita sangka LEBIH BAIK utk kita, sebenarnya TIDAK BAIK di sisi Allah swt. Kadang2, perkara yang kita sangka TIDAK BAIK, sebenarnya MULIA di sisi Allah swt. Ada org yang gaji ribu2, tapi x dpt ketenangan mcm org yang bergaji 800 sebulan. Ada org yang kaya raya tapi hati x senang. Ada pula org yang hidup susah tapi hati senang. Begitulah, bagaimana Allah membahagi-bahagikan nikmatnya kpd manusia…
      Untuk pengetahuan HatiLara, ramai org yang seperti anda. Saya sendiri, grad dalam Diploma dan Ijazah (kelas pertama) ttp sekarang hanya bekerja dgn elaun 650 sebulan (x layak dipanggil gaji. Tapi, saya bersyukur kerana tak payah bayar PTPTN (sbb kelas pertama). Cuma hati saya amat terguris, sehingga kini saya belum mendapat pekerjaan yang sesuai. Saya sudah fedup dengan karenah birokrasi, kabel, bias, kroni, nepo etc yang memang menjijikkan. Lalu, saya bertekad untuk mencari rezeki dgn cara yang lain. Di samping bekerja, saya juga menulis buku dan novel. Novel pertama saya dah keluar di pasaran tp royalti tggu lagi 9 bulan. Saya bersabar walaupun b’tggungjawab menunaikan nafkah isteri dan anak. Saya yakin, Allah mungkin tidak beri kpd saya kerja yang hebat2, kerana Allah mahu memberikan saya yang lebih baik daripada itu. Bekerja sendiri, menjadi penulis, novelis dan menternak kecil-kecilan.
      Saya nasihatkan utk semua yang masih menganggur, ubahlah paradigma pemikiran kita. Tak makan gaji pun boleh hidup asalkan kita rajin berusaha. Saya menyeru bangsa saya agar terlibat dalam bisnes. Jgn harap kerja makan gaji saja. Sekian.

      • saya setuju… saya pown sme.. lulusan degree.. tp sy kjer gna result spm… drpd..xdpt kjer.. gna result spm pown jdla… saya jg berminat nk bkk business nie…mcm best ajer… blh dpt duit lbh ckit…

  5. Terima kasih sebab mengemukakan pandangan anda. Saya juga seorang penganggur. Dah lebih setahun. Sampai masa ni belum juga berhasil dapat pekerjaan. Kelulusan saya Bachelor of Science (Education). Temuduga sudah banyak. Saya menerima bahawa ini adalah ujian yang Tuhan sedang beri agar saya bersabar kerana Dia tahu apa yang terbaik untuk saya..Kawan-kawan saya yang belum kerja ramai yang kahwin sebab suami mereka dah bekerja. Saya single, anak sulung, dan sampai masa ni masih berusaha untuk mencari ruang kerja untuk menyara keluarga. Saya pernah terfikir untuk memulakan perniagaan sendiri tapi saya sendiri tidak tahu hendak mula dari mana.. Pandangan anda ini telah memberi inspirasi buat saya.. Terima kasih sekali lagi. Rezeki ada di mana-mana. Insya Allah🙂 Semoga Allah akan sentiasa murahkan dan berkati rezeki kita semua, amin…

  6. terima kasih.banyak cerita yang agak sama dengan saya.dah lebih setahun saya menganggur.tapi ada la jugak saya jadi cashier sekejap.tu pun berhenti sebab bos kedekut nk kasi gaji.dah la gaji ciput.pastu kedekut pulak..sebab tu la saya berhenti dengan alasan nk sambung belajar.tpi x belajar pon.alasan semata-mata..lepas tu saya masuk program lepasan diploma.cuba buat kajian kat forum2,ramai yang berjaya dapat kerja lepas masuk program tu,tapi saya,lepas je abis on job training,terus je menganggur.sebab saya buat kat telekom malaysia.walaupun ada kabel yang da memang kuat ( rasanya ) pon,tetap tak dapat jugak.bos bagi harapan kat saya, lps training dapat keje.dah 2 bulan saya lepas interview TM tu,tpi x dapat.tanya bos smula,dia kata nama saya tak berjaya.masyaAllah,betapa sedihnya rasa.masa tu jugak tahap confident saya nak cari kerja trun mendadak-dadak.susah nak mengharap orang tolong kan..
    otak saya terus-terus jadi tertutup.tak tahu nak buat apa.pada yang ada cadangan,boleh la berkongsi ya.terima kasih

  7. Saya grad 2 tahun lepas dan masih lagi mencari kerja tetap. Ijazah yang saya ambil menyukarkan saya mendapatkan pekerjaan. Saya tetap bersabar dan berusaha. Buat sahaja kerja part-time sambil mencari kerja tetap. Asalkan gaji itu halal. Think positive. Rezeki Tuhan itu luas. Terima kasih tuan blog. Karya anda best.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s