Novel “Budak Komik”

Alhamdulillah. Akhirnya Allah swt mengizinkan novel kedua saya berada di pasaran untuk bertemu para pencari novel tarbiah remaja. Saya mendapat idea untuk menulis cerita ini berdasarkan pengalaman saya ketika di sekolah menengah dahulu. Saya memang minat melukis ketika itu. Saya buat komik seratus peratus pakai tangan dan kemudian bagi kawan-kawan baca.

Akhirnya sampai kepada seorang cikgu. Dia membacanya lantas memberikan saya dua ringgit sambil berkata,”Hantar kartun kamu ke mana-mana majalah!”

Ketika itu, saya masih belasan tahun dan serba tidak tahu menggunakan teknologi canggih seperti sekarang. Saya menganggap lukisan saya tidak cantik dan tidak layak untuk berada dalam mana-mana majalah. Saya abaikan sahaja pesanan cikgu itu sekian lama. Saya tidak menghantar kartun saya ke mana-mana syarikat produksi. Alangkah ruginya saya. Jangan jadi seperti saya.

Ketika saya berada di tingkatan empat, seorang cikgu yang lain telah menyedari bakat saya itu. Saya telah ditawarkan menyertai pertandingan mencipta novel kreatif secara berkumpulan (4 orang). Rezeki Allah, kami mendapat johan peringkat negeri. Cover komik kami ketika itu dilukis oleh rakan sekelas saya, Faris Mohd Hazmin. Dia memang memiliki bakat tersebut sejak di bangku sekolah dan saya akui, lukisannya jauh lebih cantik daripada saya.

Kini, saya dan Faris bergabung lagi tetapi bukan untuk mencipta KOMIK tetapi menghasilkan NOVEL Saya buat cerita, Faris buat cover dan ilustrasi dalaman. Maka, lahirlah novel “Budak Komik”- sebuah novel bersulam ilustrasi (10 halaman) yang lain daripada yang lain. Jangan lupa dapatkannya di kedai buku terutamanya rangkaian Popular dan MPH. Boleh juga hubungi saya untuk mendapatkannya secara pos.

Boleh juga beli secara online di alamat ini: http://bbo.belibukuonline.com.my/en/galeri-ilmu/858-budak-komik.html

P/S; Ini adalah NOVEL bukan KOMIK…

Sila emel saya: khairitajudin@gmail.com
Sila add saya di FB: Khairy Tajudin Novelis Remaja

One thought on “Novel “Budak Komik”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s