Cara Memelihara Angsa

Sepasang angsa sedang bercinta

KENAPA PERLU PELIHARA ANGSA?

Angsa sangat bermanfaat untuk dipelihara. Ia boleh menjadi pengawal di rumah, di ladang di tapak projek atau di kilang-kilang. Semakin garang angsa itu, semakin tinggi harganya.  Angsa juga dapat menghalau ular dan tahi angsa sangat dibenci oleh ular. Tapi kadang-kadang ular yang ganas boleh meragut nyawa angsa anda :-(…Angsa boleh menjadi “mesin rumput” di halaman rumah anda kerana angsa suka makan rumput. Potongan yang sekata bagaikan padang golf:-). Angsa sangat mudah dipelihara kerana tanpa makanan yang khusus, angsa dapat berkembang biak dengan lebih baik dibandingkan kebanyakan unggas lainnya. Angsa mudah membesar, lebih tahan terhadap penyakit dan hampir tidak memerlukan ubat-ubatan. Angsa dapat dibiakkan walaupun tanpa ada kolam air bahkan sebenarnya lumpur dapat menimbulkan penyakit pada angsa. Tapi kalau buat kolam air kat dia, lagi nampak cantik dan menenangkan jiwa tengok dia main air.

MENGENALI SPESIS ANGSA

Kat bawah ni ada beberapa spesis angsa yang biasa diternak…

Angsa Toulouse

Angsa Afrika

Angsa China

Angsa Embden

Angsa Pilgrim

Angsa Norwegian

Angsa Toulouse, Afrika dan Embden ialah yang paling berat, diikuti Angsa Pilgrim dan Angsa China paling ringan. Setahu saya angsa kelabu ialah yang paling murah, harga kebanyakan anak angsa baru menetas warna kelabu ialah RM 60 seekor dan angsa putih RM 90 seekor.

PEMBINAAN REBAN

Angsa tidak suka tinggal dalam reban dan suka berkeliaran. Reban dibuat sekadar tempat berteduh, bertelur dan tempat tidur. Sarang dibuat bila tiba musim bertelur, boleh guna kotak papan atau tayar buruk yang diletak rumput atau jerami kering. Pastikan tempat bertelur selamat terutama dari tempias hujan kerana telur yang terkena air akan rosak. Cahaya yang cukup penting untuk penghasilan telur yang maksima.

PEMAKANAN

Angsa boleh makan macam-macam seperti rumput, batang pisang, sabut kelapa, nasi, temukut, sayur dan hampas soya. Kalau anda malas nak mesin rumput…peliharalah angsa…nescaya ia dapat menjimatkan petrol mesin rumput anda:-) Saya suka bela angsa kerana tak perlu keluarkan modal yang besar untuk makanannya. Kat bawah ni ada jadual zat pemakanan seimbang bagi angsa. Pandai-pandailah anda fikir nak bagi camna…

Komposisi bahan Starter Grower-Finisher(Range)
Ground yellow corn 15 20
Ground barley 20 25
Ground oats 20 25
Meat scrap (50%) 2 3
Soybean oil meal (47%) 21,5 4
Dried whey 2 -
Dehidrated alfalfa meal (17%) 3 -
Dicalcium phosphate 0,5 -
Iodized salt 1 1
TOTAL 100 100
Tambahan:
Riboflavin 2 gram/ton -
Niacin 20 gram/ton -
Vitamin B12 6 miligram/ton -

PEMBIAKAN

Angsa seeloknya dijodohkan sepasang atau bertiga tapi kena tengok juga tahap “keperkasaaan” angsa jantan tersebut. Kalau jenis suami mithali dan adil serta boleh membahagiakan 4 hingga 5 ekor sekaligus, tak jadi masalah. Tapi kalau jenis yang cinta sejati, nak couple dengan seekor betina sahaja dan tak layan betina lain, maknanya kena lah cari pejantan tambahan. Jumlah telur yang dihasilkan pada tahun kedua lebih banyak dan penetasan lebih baik berbanding tahun pertama, maklumlah dah ada pengalaman.:-) Angsa betina dapat bertelur hingga 10 tahun tetapi angsa jantan cepat “menopause”.

PENGERAMAN DAN PENETASAN

Untuk tujuan pengeraman, telur angsa elok dirampas 2 kali sehari dan disimpan pada suhu antara 7 – 13 darjah Celcius dan berkelembapan relatif kurang dari 70 %. Jangan simpan melebihi 5 hari kerana ianya boleh menjejaskan kualiti penetasan telur. Elok masuk terus dalam inkubator atau bagi pada Itik Nila untuk dieram. Kalau bagi pada Itik Nila atau ibu ayam,bila anak angsa dah menetas rampas segera anak itu dan masukkan dalam “brooder” sampai kering bulunya. Kalau tak rampas dibimbangi ibu itik atau ibu ayam akan meninggalkan sarang sebelum semua telur menetas. Biasa telur angsa menetas 30 – 32 hari jika guna inkubator dan kalau pakai ibu, tempohnya lebih lama.

________________________________________________________________

Sumber rujukan:

http://www.peternakan.com/Tip/angsa.html

 

Buat Duit dengan Penternakan Unggas Harga RM 30. Cara pembelian: 1. Bank-in ke akaun CIMB (1205-1405-8845-24) – Mohd Khairi Tajudin 2. Nyatakan nomb0r rujukan pembayaran menerusi emel ke khairitajudin.gmail.com 3. E-book akan dihantar dalam masa 24 jam selepas pengesahan pembayaran dibuat. BERITA BAIK! Dapatkan e-book bonus “Catatan Pengalaman Menternak Unggas” percuma dengan pembelian e-book di atas!

Buat Duit dengan Penternakan Unggas
Harga RM 30.
Cara pembelian:
1. Bank-in ke akaun CIMB (1205-1405-8845-24) – Mohd Khairi Tajudin
2. Nyatakan nomb0r rujukan pembayaran menerusi emel ke khairitajudin.gmail.com
3. E-book akan dihantar dalam masa 24 jam selepas pengesahan pembayaran dibuat.
BERITA BAIK! Dapatkan e-book bonus “Catatan Pengalaman Menternak Unggas” percuma dengan pembelian e-book di atas!

About these ads

51 thoughts on “Cara Memelihara Angsa

  1. Hmmm…Saya suka cara awak jelaskan tajuk ni. Ada info dan ceria, lebih mudah faham..Kalau tambahkan lagi info2 yang bagus berkenaan angsa, lagi best…Welldone..Tima kasih

    • angsa jantan – kepala besar, badan lebih besar, ekor naik ke atas
      angsa betina – kepala kecil, badan kecil

  2. wah, info yg cukup bagus dan senang faham. patut kena bagi anugerah veterinar niii..nak tanya, angsa yg baru bertelur pandai ke dia mengeram sendiri dan macammana nak pastikan ia menjadi ?

  3. terimakasih atas informasi pemeliharaan angsa. selama ini kami menetaskan telor angsa dengan mesin penetas tetapi gagal. ternyata karena setelah induk bertelor disimpan di segala tempat. sehingga rusak

  4. saya ada mengeramkan telur angsa menggunakan inkubator. tp akhirnya telur tersebut rosak. saya ingin mengetahui brape suhu yg dprlukan yg sesuai utk jenis telur itik angsa

  5. maklumat kamu tentang angsa ni memang hebat. Kamu ada ke semua baka-baka angsa yg di tunjukkan? Angsa saya 10 ekor….tapi betina cuma 3 ekor. Dah mula bertelor…..harap menetas jadi baka…

  6. bagus cara penerangan. jelas dan tersusun. suri juga bercita-cita memelihara angsa… kalaupun bukan untuk komersial… cukup sebagai ‘guard’

  7. saya ada membela angsa kelabu sepasang. saya tidak tahu angsa saya itu muda atau tua.. bagaimana untuk mengetahui tua atau muda.saya takut angsa saya tidak bertelur..

    • sy ada sepasang anak angsa..yg betina kakinya bengkak..nak jalan pun susah..kesian..tau tak macam mana nak ubatkan…

  8. bleh saye tau….brpa umuqkah angsa saye bleh mngawan…skrang angsa sye umuq 5 bln dah…..kalu ibu angsa bleh x kalu dya jaga ank dya sndiri dan brape lmakah tmpoh utk dya nk mngeram…

    • 7 bulan boleh mengawan dan bertelur…..ibu boleh jaga anak ttp takut dia terpijak anak sndiri…mengeram 35 – 40 hari

  9. salam,
    encik KHAIRY nktnya skit bleh….kalu saya nk bgi angsa putih saya mngawan dgn angsa kelabu…bleh kah thasil telor angsa itu…apakah pndpt encik KHAIRY thdp angsa saya….?????

  10. tumpang tnya…..angsa jntan bleh dak dya mneram telor?????…… sbb saye tgk kalu si btina mneram lepas tu dya p cri mkan yg si jntan plak tlong ganti plak tmpak mneram tu…..tp sbenaqnya xde pon telor sbb muda lgi dlm 6 bulan …tp sarang dah bina ….

  11. en KHAIRY !!!saye mmpunyai sepasang angsa dewasa…yg sekoq sdang bteloq….tp yg pelek nya knapa saiz teloq angsa saya brubah2….ade yg keciq, ade yg sedehana dan ade yg tlbih besaq….adakah saiz itu mnunjukan jantina ank angsa….sama ada saiz teloq yg keciq tu btina atau yg besaq tu jantn….

  12. mcm mna nk tau teloq angsa bleh mnetas …….sbb di tpt saye tdpt 2 ekoq angsa betina….tp xdak jantan….yg mhairankan saya knapa angsa saya bleh beteloq tp x ada jantan…..kbnyakan orng kata teloq angsa saya xkan mnetas sbb xdak jntan…………………

    bleh saya nk mbeli kpd cik…ada x cik mnjual angsa jantan….

  13. boleh tolong ceritakan kelakuan angsa betina yang ingin bertelur.. ini kerana angsa saya tidak pernah bertelur..

  14. anga betina saya sudah 2minggu lbih dok dalam tempat bertelur.. dok cabut bulu halus sampai banyak.tetapi angsa saya tidik bertelur.. berharap agar abang dapat memberi sedikit maklumat untuk jelaskan masalah saya..

  15. Salam, angsa saya baru bertelor 4 biji, bagaimana kah cara nya untuk ia mneram.Ada kah telor permulaan boleh menetas

    Terima kasih penjelesan nya

  16. salam,angsa saya asyik mengeram jeee….sampai lupa nk makan
    angsa saya ade 3 ekor yg seekor dah mati atas telur masa mengeram saya pon x thu sebab ape..skrg nie telur ti dieram oleh seekor angsa jantan dan betina…hmmmm

    dah naik pening nie

  17. salam, semalam angsa saya menetaskan telurnya sebiji, saya biarkan saja tengok anaknya comel sekali …. beberapaa jam kemudian saya lihat anaknya telah mati kerana dihempap olih ibunya ……. bagaimana utk selamatkan anaknya ? bila menetas telur kedua !!!

  18. itik angsa saya bertelur tapi yg menghairankannya selepas dia mandi dia terus pergi tempat yg dia bertelur td so habislah basah…

  19. salam saya ada 2 ekor angsa nama nya man dan tina tapi nak tanya bolih ke kalau tak ada jantan angsa bolih bertelor dan sekarang tengah mengeram 2 butir

  20. salam…bagaimana cara menyembuhkan leher angsa yang bengkok n kaki yang timpang,saya sangat kasihan sekali pada angsa yg satu itu…thx

  21. Salam,aku ad angsa 8ekor,1jantan yg len btina,msalahnya jntan kwin tp xtelur2.adakh kwin xdpt,sbb ble dia tenggek,btina len akn kcau

  22. salam 1Malaysia saudara… dari kota kinabalu sabah dan saya berminat untuk memelihara angsa..bagaimana saya boleh mendapatkan bekalan anak angsa di sabah.

  23. Salam, saya ingin membeli sepasang itek angsa buat ayah saya yang tinggal di kg Lubuk Cina, Melaka.. Saya tak pandai nak agak besarnya, tapi itek angsa yang dah boleh buat bising tu pilihan saya..saya berada di kawasan Lembah Keramat..

  24. ulkar tak takut angsa…angsa dengan itik aku kena bedal ngan ular sawa…bunyik bising pon tak..mcm rela jer kena belit..angsa tak terer..

  25. salam… saya ingin bertanya kepada pembaca yang ade membela angsa. saya baru membela sepasang angsa baru-baru ini. Namun angsa betina saya sakit. Tanda-tandanya seperti memusing-musingkan badan dan lehernya tak boleh diangkat. Minta pada yang berpengalaman boleh bagi nasihat. Terima kasih.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s