Hargailah Tanah!

Melihat kawasan sekitar rumah yang penuh semak samun, hati aku mulai naik semak. Tanah luas camni layak untuk jadi semak samun ja? Orang lain bermati-matian nak dapatkan tanah. Orang lain berebut-rebut nak buat rumah sampai terpaksa duduk atas tanah rizab. Sedangkan waris tanah pusaka sekadar membiarkan tanah kosong tanpa dimanfaatkan sebaik-baiknya.

 

Aku tak boleh duduk diam tengok saja. Aku mesti lakukan sesuatu. Aku mesti usahakan tanah ni dengan tulang empat kerat sedaya mampu. Tapi….aku nak tanam apa?

 

Dalam fikiran aku terfikir untuk tanam pisang, ubi kayu, nenas, betik, kelapa dan nangka. Lalu aku membuat sedikit research berkenaan potensi tanaman-tanaman di atas.

 

Pisang….

 

Buah boleh dijual atau dimakan sendiri. Yang buruk boleh bagi kat ayam atau buat EM. Jantung pisang boleh dibuat ulam. Umbut pisang boleh dimasak gulai, laris terutamanya bulan puasa dan majlis kenduri. Batang pisang boleh bagi kat ayam piru dan angsa. Daun pisang jual dekat tauke nasi lemak, pulut udang dan lepat. Pucuk pisang tolak kat peniaga lemang. Cuba fikirkan…daripada sebatang pokok pisang, semuanya berguna.

 

Pokok pisang ni tanam sekali ja. 6 bulan dah boleh keluar buah. Pastu pulak keluar anak pisang tak renti-renti. Kalau dah banyak sangat boleh korek pindah tanam kat kawasan lain. Macam tulah putaran kehidupan pisang dan keturunannya. Tanam sekali, tapi hasil boleh makan berkali-kali.

 

Pisang ni banyak jenis dan banyak kegunaannya. Ingat tak cerita Singapura dilanggar todak? Batang pisang telah habis digunakan untuk menjadi benteng daripada diserang todak. Mesti waktu tu tauke pisang semua jadi kaya sebab batang pisang laku bak goreng pisang panas kan? Dongeng, mitos dan legenda.

 

Baik, aku bukan nak cerita pasal hikayat penglipurlara purba kala tu. Aku just nak citer tentang pisang apa yang aku nak tanam. Daripada kajian, aku mendapati bahawa jenis pisang apa yang nak ditanam tertakluk kepada siapa yang aku nak jual pisang tu.

 

Pisang nangka..sesuai untuk dibuat kerepek. Maka target market aku tentulah pengusaha-pengusaha kerepek. Kalau aku nak jual kepada penjual pisang goreng, aku kena tanam pisang awak atau pisang raja.

 

Tapi, orang cakap, pisang yang paling top marvellous tahap cipan sekarang ni adalah pisang berangan yang sedap dimakan begitu saja. Daripada kajian aku pun, memang ramai pengusaha yang menanam pisang berangan. Penghasilan benih pun dibuat menggunakan kaedah tissue culture. Katanya, buah nanti lebih berkualiti dan berkuantiti.

 

Untuk tanaman-tanaman lain tu, nantilah next posting aku story.

2 thoughts on “Hargailah Tanah!

Leave a comment