Diari Seorang Lelaki (Vol 2)

Tingkap Lagenda

Memang dari kecik aku telah melalui satu sistem motivasi yang tak formal dalam mengaplikasi  peluang-peluang yang terdapat di sekitarku untuk diadaptasikan dalam bentuk pendapatan bagi meneruskan kehidupan. Dilahirkan dalam keluarga yang berpendapatan rendah adalah suatu latihan yang mantap untuk menghargai setiap nilai rezeki yang Allah turunkan untuk hamba-hambaNya.

Aku menghargai setiap pengorbanan ayah dan mak yang telah melalui pelbagai ujian sepanjang membesarkan kami 5 beradik. Ayah pernah bekerja sebagai buruh dengan gaji RM 300-RM 500 sebulan. Mak tidak bekerja makan gaji sebab sibuk menjaga kami adik beradik. Walaupun begitu, tetap jugak mak berikhtiar mencari pendapatan sampingan seperti menanam sayur-sayuran, menjual rebung, menerima tempahan kuih peneram dan kuih kapal terbang time kenduri terutamanya dan macam-macam lagi. Bila adik bongsu aku dah mula bersekolah, barulah mak cari kerja makan gaji sebab nak tolong ayah memperbaiki ekonomi keluarga. Bila aku fikir-fikir balik, memang tak terbalas pengorbanan mereka.

Aku anak sulung dalam keluarga lebih-lebih lagi telah dan pernah melalui zaman-zaman di mana pernah makan nasi dapur kayu dengan berkuahkan minyak lauk. Pernah datang sekolah dengan hanya berbekal syiling 50 sen. Pernah makan RMT (Rancangan Makanan Tambahan). Pernah mengayuh basikal mini ke sekolah sejauh 3 km. Pernah menjual kacang pedas sebungkus seposen di sekolah rendah. Pernah menjual sticker di sekolah menengah. Pernah mengambil upah menanam pokok di kampung. Pernah amik upah gunting rambut RM 1 sekepala ketika di asrama. Kesimpulannya, jiwa dan ciri-ciri usahawan telah terpupuk seawal mengenal bangku sekolah. Sebab itulah sehingga sekarang, aku dan bisnes tak dapat dipisahkan. Dengan izin Allah.

ABAH

Sekarang aku telah menjadi suami kepada seorang isteri dan abah kepada seorang anak perempuan. Dua orang insan yang sentiasa menjadi pencetus dan pembakar semangat untuk terus survive dalam apa jua kerja.

Nur Humaira ketika baru dilahirkan 14 September 2009

 

Sekarang...dah setahun lebih

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s