Lu Fikirlah Sendiri!

Bila sebut tentang keputusan SPM, STPM, UPSR, PMR dan lain2, orang hanya bertanyakan apakah keputusan yang dapat?

Mengapa ibu bapa terlalu risau jika prestasi pelajaran anak mereka menurun? Sebab mereka yakin jika pelajaran merosot, masa depan anak-anak mereka gelap! Kalau anak mereka dapat banyak “A”, nanti boleh masuk universiti. Bila dah keluar universiti, boleh kerja bagus-bagus. Boleh dapat gaji tinggi. Boleh hidup mewah dan senang lenang.

Siapa yang setuju dengan kenyataan ini?

Saya langsung tak setuju!

Belajar tinggi2 bukan jaminan masa depan anda. Pengasas syarikat HONDA, sorang warga JEPUN pernah berkata:

“sekeping tiket wayang lebih bernilai daripada segulung ijazah kerana bila anda membeli tiket wayang, anda sudah ada tempat di dalam panggung wayang tetapi segulung ijazah belum tentu menjamin tempat anda dalam dunia pekerjaan.”

Saya sokong 100 % !

Lihatlah di luar sana, berapa ramai yang sedang memburu kerja makan gaji atau yang lebih tepat lagi, kerja dengan kerajaan. Mereka yakin, bila kerja dengan kerajaan, hidup akan terjamin. Betul ke?

Tanah-tanah di kampung dibiarkan saja tanpa diusahakan. Bila sesak sikit, terus nak jual atau gadai. Tinggal rumah, tinggal kampung beli rumah kat bandar. Beli kereta besar-besar. Pergi kerja tiap-tiap hari untuk bayar hutang rumah, kereta, kredit kad dan yang sewaktu dengannya. Bila gaji masuk lambat, merungut…bila harga barang naik, merintih….kalau tak mampu nak bayar, sapa suruh berhutang banyak-banyak?

Umat perlu berfikir tinggi walaupun tak belajar tinggi, bukan belajar tinggi tapi berfikir untuk makan gaji. Bila bangsa kita nak maju bro?

Hari ini kita bleh tengok, siapa jadi supplier utama makanan negara? BERNAS dh jadi hak siapa? Ayam-ayam kat pasar sapa yang punya? Makanan dalam tin kilang mana yang buat? Gula siapa yang supply? Anda jawab sendiri!

Orang kita bila nak buat projek, mesti nak tunggu bantuan kerajaan. Nak tunggu kambing kerajaan, lembu kerajaan, ayam kerajaan, dedak kerajaan dan subsidi kerajaan.  Bila nak jual pun minta tolong kerajaan jugak. Harap kat FAMA. Harap kat MADA. Sampai bila kita nak meminta-minta di bumi kita sendiri?

Apa masalah dengan orang kita hari ni? Anda jawab sendiri.

Cuma yang saya nak bagitau, kita ni kurang berdikari, takda kreativiti dan tak boleh berfikir tinggi.

Marilah kita lupakan keghairahan kerja makan gaji, berhijrahlah untuk menjadi tuan di bumi sendiri nescaya generasi tak menyesal kemudian hari.

Lu pikirlah sendiri!


5 thoughts on “Lu Fikirlah Sendiri!

  1. jgn samakan orang yang berilmu dgn org yang tak berilmu…Allah sendiri tinggikan darjat yang berilmu dan menggunakan ilmu kepada kebaikan diri sendiri dan manusia lain.sepatutnye semakin byk ilmu semakin tunduk walaupun kite tau pasal ayam sekalipun..tq
    p/s: syukur ape yang ada

  2. memang orang berilmu mulia di sisi Allah. Orang berilmu menuntut ilmu bukan utk mencari kerja tapi semata-mata mencari keredhaan Allah.

    Antara tanda2 kiamat ialah org sibuk mencari ilmu demi mendapatkan kerja…(sila rujuk hadis)

    Imam Malik rah.a berkata:”ilmu itu bukanlah dengan banyaknya riwayat, tetapi ilmu itu menambahkan ketakutan kepada Allah”.

    Bila umat menganggap maklumat / kemahiran dunia sebagai ILMU makan umat akan dilanda kejahilan…lihatlah pada hari ini berapa ramai intelektual, doktor falsafah, pakar itu…pakar ini…mereka menyangka mereka golongan yang BERILMU..sedangkan apa yang mereka anggap “ILMU” itu tidak sedikit pun menambah ketakutan mereka kepada ALLAH.

    kalau maklumat / kemahiran duniawi itu boleh dianggap ILMU, tentulah pakar dalam bidang itu boleh dipanggil ULAMA…samakah darjat seorang ulama ahli hadis dengan seorang pakar sosiologi dan kebudayaan yang mendapat pHD dari Barat?

    Kalau tuan kata SAMA…mana dalilnya?

    kesimpulannya…apa yang dimaksudkan ILMU itu ialah apa yang dituntut untuk mendekatkan diri kepada ALLAH, bukan mendekatkan diri kepada makhluk…

    selain ILMU yang berkaitan dengan ALLAH, semuanya dipanggil “MAAHIRO” ataupun kemahiran dan juga “MAKLUMAT”

    KEMAHIRAN DAN MAKLUMAT juga penting sebagai usaha iktiar ntuk hidup…tetapi jangan sesekali samakan dengan “ILMU ALLAH” yang suci, murni dan bebas dari kecintaan dunia…

    Harap hujah saya tidak menyakitkan hati sesiapa.
    Wallahu ‘alam…

  3. Sokong brO,
    Ssiapa yg m’inginkn kebahgiaan ddunia maka ia hndaklah b’ilmu, ssiapa yg m’inginkan kebahgian d Akhirat, hndaklah ia b’ilmu.. Ssiapa yg hndakkn kbhgiaan ddunia & Akhirat, hndaklah ia b’ilmU..

    B’kata bnarlah walau ia pahit,
    b’kata bnarlah thadap drimu jua..

    mksud hdis…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s