Peluang Buat Duit dengan Penternakan Ayam

Saya melihat peluang yang meluas dalam sektor agro terutamanya penternakan ayam. Hari ini, penduduk dunia semakin bertambah walhal tanah untuk pertanian dan penternakan semakin berkurangan. Hari ini, lebih banyak hutan batu berbanding tanah untuk sumber makanan.

Keadaan ini memungkinkan akan berlakunya inflasi makanan seperti yang telah terjadi di negara lain seperti Somalia. Manusia boleh hidup tanpa kemajuan tetapi mustahil manusia boleh hidup tanpa makanan. Fikir-fikirkanlah.

Ayam merupakan sumber protein yang utama dalam menu seharian kita selain daging dan ikan. Pada masa sekarang, penggemar daging ayam meningkat setiap hari. Orang ramai sudah mula memilih makanan yang lebih berkualiti disebabkan meningkatnya pendapatan per kapita bagi setiap isi rumah. Di restoran mewah atau hotel, orang ramai tidak lagi berkira-kira untuk mencuba menu ayam kampung atau ayam belanda walaupun harganya lebih mahal berbanding ayam broiler (pedaging).

Penternak baru tidak perlu bimbang mengenai persaingan ayam kampung atau ayam belanda di pasaran. Setakat ini, permintaan masih tinggi dan tidak dapat dipenuhi sepenuhnya. Begitu juga berkaitan permintaan telur ayam kampung yang menjadi buruan pengamal perubatan tradisional. Tambahan pula, sejak negara kita dilanda sampar, populasi ayam menurun. Jadi, jumlah ayam yang ada di negara ayama kita sekarang ini sedikit. Beruntunglah kepada sesiapa yang masih menternaknya kerana anda pasti akan dicari oleh pembeli produk ayam. Kesimpulannya, sama ada daging ayam, telur ayam mahupun anak ayam, semuanya menjadi buruan.

 

PENTERNAKAN AYAM-COMBO

 

 

 

 

 

 

Leave a comment