Tanam Ubi Kayu, Betik dan Pisang di Ladang

Sejak November 2010 yang lalu, Allah telah memberi aku sedikit ilham untuk melipatgandakan pendapatan dan mengembangkan lagi perniagaan aku ni. Sebelum ni aku mempunyai masalah untuk membesarkan ayam-ayam kat farm aku ni. Kalau kira nak beli dedak, temukut, jagung hancur je alamatnya tak payahlah buat. Untung tak seberapa, belanja ja yang lebih.

Sebagai penternak, kita perlu sentiasa berfikir bagaimana untuk mengurangkan kos terutama makanan sebab ia adalah perkara paling kronik dalam dunia penternakan. Kita menternak untuk hidup bukan hidup untuk jadi penternak.


Jadi, aku telah mula menanam pokok pisang, ubi kayu, betik dan macam-macam lagi. Apa kaitan pokok-pokok ni dengan ayam? Jawapannya, ayam aku boleh makan batang pisang, ubi kayu, betik dan macam-macam lagi. So, taklah desperate sangat kalau aku tak dapat kutip sisa nasi dari kantin sekolah kalu sekolah cuti.

Kepada anda yang nak menanam Ubi Kayu supaya isinya lebih banyak dan berkualiti tinggi, gunakan petua ini, tak payah guna modal sesen pun, cuma guna sedikit tenaga je, hasilnya 2 -3 kali ganda anda akan perolehi.

Pertama, ambilkan batang Ubi Kayu potong-potong simpan ditempat sejuk 1 -2 hari sehingga getahnya hilang.
Langkah kedua belah dua atau empat bahagian bawah batang Ubi yang telah dipotong-potong untuk dijadikan benih tanaman tadi. Bukakan belahan tadi, sekang dengan sedikit batu kecil ke atau apa-apa je bahan supaya kelihatan terkangkang sedikit bahagian belahan tadi.

Langkah ketiga tanamlah batang Ubi Kayu tadi diatas batas atau lubang tanaman yang telah digembur tanahnya.

Penjagaannya – jangan biarkan batang Ubi kayu yang hidup menjadi lebih daripada 1 batang. Jika lebih cantas atau buang. biarkan hanya sebatang induk pokok Ubi kayu yang membesar hidup.

Selepas 8 bulan anda cabut Ubi Kayu tadi dan lihat lah hasilnya. Pasti isi Ubi lebih banyak, besar dan padat.

Mengamalkan petua ni tak susah pun, hasilnya lebih.

Jika anda yakin boleh mencuba, kalau tak yakin tak payahlah cuba. Ada petani telah mencubanya dengan menanam 2 ribu batang Ubi Kayu mengikut petua ni dan hasil tuaian lebih kurang RM 6000.

Fikir-fikirlah.

8 thoughts on “Tanam Ubi Kayu, Betik dan Pisang di Ladang

  1. masih sedikit. sepatutnya saudara boleh mendapat pulangan bersih sehingga 14,000 ringgit (ubi sahaja) dgn teknik yg betul.

  2. Kalau tanaman diserang penyakit terutamanya betik atau pisang , boleh cuba formula rawatan baru. sila hubungi saya 06-4415013. Insyaallah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s