Mengenali Kelapa MATAG

MATAG adalah singkatan nama Kelapa Hibrid baru iaitu Kelapa Hibrid di antara Kelapa asal Malaysia dengan Kelapa asal Filipina (Tagnanan). Kelapa Malaysia (Malaysian Yellow Dwarf -MYD atau Malaysian Red Dwarf – MRD) merupakan kelapa rendah (Sumber Bunga Betina) di kacukan dengan debunga jantan Kelapa Tinggi Tagnanan (Berasal dari Filipina dan ditanam di Malaysia) . Proses pengeluaran benih Kelapa MATAG adalah rumit dan memerlukan kepakaran yang tinggi. Untuk mengeluarkan sebiji benih kelapa MATAG perlukan kos, kesabaran, ilmu teknikal, sumber tulin debunga, sumber tulin induk MYD/MRD yang matang serta kepakaran pekerja pendebunga. Debunga jantan perlu di sembur setiap hari kepada mayang betina yang terbuka (Bunga betina terbuka berperingkat2) dari satu mayang dan kemudian di balut/ tutup dengan plastik telus cahaya. Kalau tak berjaya boleh di bubuh debunga lagi berulangkali.

Benih yang berjaya didebungakan akan dibuka plastik penutup dan dibiarkan sehingga 6-8 bulan untuk menjadi buah kelapa hibrid. Pembajaan pokok perlu di buat mengikut jadual standard untuk mempastikan benih kelapa MATAG dapat dihasilkan dengan baik. Baja 12:12:17:2 digunakan dengan kadar 100-150 gram sekali sebanyak 4 kali setahun.. Buah yang telah matang di tuai dan yang berkualiti sahaja di susun dalam tapak semaian. Kelapa yang rosak, deform dan tak elok tidak diambil sebagai sumber benih. Semaian selama 4-5 bulan ditapak semaian sehingga daun pucuk 3-5 helai keluar dan kemudian dibuat pemilihan (culling) sama ada ianya F1 (MATAG) atau Jadi MRD/MYD atau macam Tagnanan. Kajian di Muar mendapati purata untuk jadi benih MATAG F1 tulin 100% lingkungan 40 – 45 % sahaja.
Kelapa MATAG merupakan kelapa jenis baru dipercayai mampu mengeluarkan sehingga 40,000 biji sekhektar setahun. Projek kelapa MATAG di Kg Sg Gulang2 Batu Pahat yang di tanam pada tahun 2001 mendapati hasil setangkai sehingga 15 biji. Isi kelapa MATAG adalah tebal dan kandungan santan yang tinggi. Daerah Sabak Bernam (Selangor), Bagan Datok (Perak) dan Batu Pahat (Johor) merupakan tumpuan projek penanaman kelapa MATAG oleh Jabatan Pertanian.
Kelebihan kelapa matag:
  • berbuah lebat (15 biji setandan)
  • mampu mengeluarkan sehingga 40,000 biji sehektar setahun.
  • mula berbuah dengan cepat seawal 3 tahun
  • isi tebal
  • sesuai untuk minuman dan dibuat santan

buah besar, isi tebal dan manis…

Benih kelapa matag dijual pada harga yang agak tinggi. Saya pernah jumpa penjual yang menjual pada harga RM 25 sepokok. Di MAHA yang lalu, harganya mencecah RM 50 sepokok.
Buat Duit dengan Penternakan Unggas Harga RM 30. Cara pembelian: 1. Bank-in ke akaun CIMB (1205-1405-8845-24) – Mohd Khairi Tajudin 2. Nyatakan nomb0r rujukan pembayaran menerusi emel ke khairitajudin.gmail.com 3. E-book akan dihantar dalam masa 24 jam selepas pengesahan pembayaran dibuat. BERITA BAIK! Dapatkan e-book bonus “Catatan Pengalaman Menternak Unggas” percuma dengan pembelian e-book di atas!

Buat Duit dengan Penternakan Unggas
Harga RM 30.
Cara pembelian:
1. Bank-in ke akaun CIMB (1205-1405-8845-24) – Mohd Khairi Tajudin
2. Nyatakan nomb0r rujukan pembayaran menerusi emel ke khairitajudin.gmail.com
3. E-book akan dihantar dalam masa 24 jam selepas pengesahan pembayaran dibuat.
BERITA BAIK! Dapatkan e-book bonus “Catatan Pengalaman Menternak Unggas” percuma dengan pembelian e-book di atas!

About these ads

36 thoughts on “Mengenali Kelapa MATAG

  1. salam,saya berminat untuk dapatkan benih kelapa matag,dimana tapak semaian saudara boleh saya datang melawat. Bapa saya sangat berminat untuk mengusahakan penanaman kelapa. ada jenis variasi yang terbaru lain ker selain kelapa matag?

  2. salam tuan….saya juga berminat utk mendapatkan benih kelapa matag ini…di harap tuan dapat memberi tahu harga benih ini bagi informasi saya..

  3. Mahu kepastian, saya baru menanam spesis matag ni beberapa minggu yang lalu di halaman rumah (corner lot), kerana menurut si penjual ianya sesuai dijadikan tanaman landskap…soalannya, adakah benar? mmg dari gambar nampak pokoknya rendah tetapi buahnya lebat, bagaimana pula dengan saiz daun/pelepahnya? adakah sedikit lebih kecil atau lebih kurang sama dengan pokok kelapa jenis biasa yang lain?

  4. mataq dikenali dimalaysia.nama sebenar die PCA 15-2 kacukan MRD ngan TAGT.pertama kali dihasilkan di pilipin dan dtanam 1979 dsana n cote divoire.buah lebat dan cepat tinggi berbanding mawa.bukab sekecil pandan dan jenis rendah yang lain.boleh tanam halaman rumah..tapi die ni hibrid.kacaukan 2 induk berlainan.x stabil..jgn beli benih dari pokok mataq.x jadi.dimalaysia united plantatian yang keluarkan.tapi jabatan pertanian ade kontak ngan depa.pasti dulu baru beli.memang jabatan pertanian lambat…………heboh bertahun……………x selesai benih.ape kate p import di pilipine…

  5. dah tanya united plantation hari ni, korang cakap tak de jual dah ,lepas tu tanya kat jabatan pertanian bagah dato juga tak dapat beli. Nak tanya ada cara lain utk dpt benih kelapa Matag F1 asli tak?tq

  6. saya ingin menbeli benih kelapa mataq sebanyak 2,000 batang .
    sesiapa yang boleh membekal kan kepada saya boleh call
    012-3561934 ridhuan

  7. JANGAN BELI ANAK KELAPA MATAG YAN DIJUAL DI TEPI TEPI JALAN KERANA TIDAK YAKIN KETULINANNYA, BENIH DARI POKOK KELAPA MATAG TIDAK BOLEH DIJADIKAN BENIH KERANA PROSES MENGHASILKAN ANAK KELAPA MATAG PERLUKAN TEKONOGI PENDEBUNGAAN.

  8. Kawan2 kene paham kelapa matag ni hibrid dari (Tagnanan X Malayan Red/ Yellow Dwarf-MRD/MYD), hanya progeni F1 saje dari pendebungaan ni adalah Matag, kalau buah yang keluar dari pokok Matag dikenali sebagai F2 (generasi kedua) bukan lagi Matag, disebabkan pendebungaan dari spesis kelapa lain yang ada di sekeliling atau juga dari pokok matag tu sendiri, so di sini dah berlaku segregation. Sape2 yang nak beli Matag pastikan anak pokok bukan dari pokok matag, tapi dari pokok MYD/MRD. Byk character boleh kenal matag ni tp paling senang anak pokok & pucuk bewarna kuning/ hijau…yang kaler merah tu 50%-50% ketulinannya.

    Saya juga pembekal Matag, crossing Tagnanan & MYD/MRD kami dari ladang Sime Darby. Hubungi 0137380929 (aizam) untuk maklumat lanjut.

  9. call saya di 0137380929 (aizam) utk benih matag. di keluarkan oleh sime darby. stok tak banyak sebab sime darby tak keluarkan benih kelapa secara besar-besaran.

  10. kat melaka dimana blh dapat benih matag ni, jabatan pertanian melaka ada supply tak? ada tak sesiapa yg blh share info utk usahakan tanaman kelapa jenis nie…

    • salam.saya nk dapatkan benih kelapa matag dalam kawasan pontian,johor.mane saya boleh dapatkan benih yang asli?siapa saya boleh hubungi?

  11. saya perlukan kelapa mataq dalam kuatiti 1000 – 5000 biji..saya di area batu caves..boleh tak berikan saya sebut harga. call/sms saya 0197412796..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s