Revolusi Ayam Kampung Ori

Dahulunya, penternakan ayam kampung ori sebagai punca pendapatan langsung tidak diberi perhatian. Tapi sejak tahun-tahun kebelakangan ini, ayam kampung ori mula menjadi rebutan dek kerana beberapa kelebihannya.

Ayam yang dahulunya dibiar hidup secara bebas mencari makan di mana-mana, mula dipelihara secara komersial dan bebas berpagar. Saya masih ingat 20 tahun dahulu orang Cina atau peraih datang rumah, ayah saya jual murah-murah ja..seekor boleh dapat dalam RM 5.00 -RM 8.00. Tak timbang dah…pakai agak-agak ja. Nak beli sekor dua boleh la…tapi nak borong semua…tak jual la pulak…kita bela ayam suka-suka ja…untuk makan lebihan makanan kita…kemudian bila dah besar, kita pulak makan dia…hahah!

Tapi itu dulu..sekarang kat KL, orang berpusu-pusu dan sanggup queue di restoran ayam kampung. Kat Pasar Selayang atau di mana-mana pasar, jual RM 15 /kg pun boleh habis sekejap ja. Jangankan di KL, malah di pekan Changlun, pekan yang semakin maju, habitat saya dulu dan sekarang, ada 3 orang peniaga ayam kampung hanya meletakkan ayam mereka di dalam sangkar, di atas motor kapcai mereka. Maka awal-awal pagi lagi telah dikerumuni pembeli2 berbangsa Cina. Kalau datang lewat sket, insyaALLAH tak dapat. Sepagi saja dah clear.

Temukut naik harga. Hampas kelapa pun dah ada harga. Perut ikan pun orang boleh letak harga.

Apakah sebab ayam kampung ori semakin diminati?

  • Khasiat yang banyak seperti menguatkan tenaga batin
  • Bebas dari bahan kimia yang berlebihan, tak macam ayam daging yang 100% makan dedak.
  • Telurnya juga berkhasiat dan menyihatkan
  • Dagingnya yang sedap dan pejal, tak seperti ayam daging yang mudah hancur.

Mengapakah ayam kampung ori berpotensi untuk memberi pulangan yang lumayan?

  • mudah dibiakkan
  • tahan lasak terhadap penyakit , perubahan cuaca dan persekitaran
  • boleh makan pelbagai jenis makanan yang mudah diperolehi terutama tumbuh-tumbuhan, serangga dan lebihan makanan
  • kos reban yang simple, sekadar tempat berlindung diri dan bertelur
  • harga semasa rm 8/kg (harga peraih) – rm 17/kg (waktu kemuncak – musim perayaan)

Bagaimanakah untuk mendapatkan pulangan yang maksima?

  • Kurangkan kos terutama kos makanan.Bagi dedak sebelum berusia sebulan sahaja. Lepas tu boleh campur-campur. Ayam boleh cari makan sendiri dan berdikari selepas berusia 3 bulan.
  • Cari baka induk dan pejantan dari jenis baka sabung / siam kerana ianya lebih berat dan harganya pun mahal.
  • Jangan campur dengan baka yang kecik terutama ayam serama dan ayam hutan kerana mereka boleh merosakkan keturunan. Lama-lama ayam anda menjadi semakin kecik.
  • Jual sendiri ayam anda. Kalau tolak pada peraih, paling mahal pun boleh dapat RM 9 / kg  (payah dapat kalau dok kt kawasan saya ni, kat tempat lain tak tahulah). Kalau jual sendiri, terpulanglah pada anda. Kat KL orang jual RM15 / kg tu biasa ja.
  • Kalau rajin, proses ayam anda supaya mudah pembeli nak masak. Depa tak payah nak pi sembelih, cabut bulu, potong dan sebagainya. Anda boleh mark-up lebih sikit atas susah payah anda tu.
  • Kalau anda rajin lagi, proses ayam anda tadi jadikan ia makanan yang telah siap dimakan seperti serunding,burger, nugget atau sekurang-kurangnya “frozenkan” ia.

Semua ni sekadar perkongsian untuk manfaat kita bersama.

Wallahu’alam.

 

Buat Duit dengan Penternakan Unggas Harga RM 30. Cara pembelian: 1. Bank-in ke akaun CIMB (1205-1405-8845-24) – Mohd Khairi Tajudin 2. Nyatakan nomb0r rujukan pembayaran menerusi emel ke khairitajudin.gmail.com 3. E-book akan dihantar dalam masa 24 jam selepas pengesahan pembayaran dibuat. BERITA BAIK! Dapatkan e-book bonus “Catatan Pengalaman Menternak Unggas” percuma dengan pembelian e-book di atas!

Buat Duit dengan Penternakan Unggas
Harga RM 30.
Cara pembelian:
1. Bank-in ke akaun CIMB (1205-1405-8845-24) – Mohd Khairi Tajudin
2. Nyatakan nomb0r rujukan pembayaran menerusi emel ke khairitajudin.gmail.com
3. E-book akan dihantar dalam masa 24 jam selepas pengesahan pembayaran dibuat.
BERITA BAIK! Dapatkan e-book bonus “Catatan Pengalaman Menternak Unggas” percuma dengan pembelian e-book di atas!

3 thoughts on “Revolusi Ayam Kampung Ori

  1. A.kum…, Sdr. Tajuddin…, saya tertarik dgn. gambar ayam ‘kampung putih’ didlm. blog. ini. Kalau ada stok ingin saya melamarnya jika tiada keberatan?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s