Tribute to “Unggas Emas”

Hari tu saya terbaca dalam Berita Minggu tentang “unggas emas” yang merujuk kepada ayam mutiara @ ayam api-api @ ayam belanda (utara). Dalam Bahasa Inggeris ia disebut “Guinea Fowl”

Bersama artikel ini saya ingin memetik beberapa sedutan isi-isi penting tentang perkembangan, potensi dan masa depan penternakan unggas emas ini.

ayam mutiara @ ayam api-api @ ayam belanda (utara)

ayam mutiara @ ayam api-api @ ayam belanda (utara) @ guinea fowl

KITA mungkin biasa mendengar ayam kampung, serama dan ayam belanda (piru / turkey). Tetapi tidak ramai yang mengenali sejenis lagi ayam yang tidak kurang hebatnya iaitu ayam mutiara atau api-api.

Hebatnya ayam yang berasal dari benua Afrika ini bukan kerana bentuk fizikalnya – kelabu berbintik putih dan bertanduk kecil atau kerana kokokan yang nyaring hingga layak digelar ‘polis ladang’ termasuk menghalau ular, tetapi kerana nilai komersialnya yang tinggi berikutan dagingnya yang berkhasiat dan rendah kolesterol berbanding ayam daging.

guinea fowl juga dipanggil "burung"

guinea fowl juga dipanggil "burung"

Di negara Barat misalnya, juadah ayam mutiara yang beratnya boleh mencecah 1.6 kilogram ini, amat popular kerana baik untuk kesihatan, sekali gus menjadikan harganya tinggi. Tidak kurang dakwaan yang mengaitkan telurnya mampu meningkatkan hubungan kelamin.

telur guinea fowl goreng

telur guinea fowl goreng

Ayam ini juga berperanan sebagai penjaga kebun. Ini disebabkan ayam mutiara ini sememangnya diketahui sebagai pengawal haiwan perosak secara semula jadi.

guinea fowl yang suka merayau

guinea fowl yang suka merayau

ayam mutiara ini juga mudah dijaga kerana kurang makan, cuma masalahnya, ia suka bertelur di tempat tersembunyi seperti di kawasan semak.

suka mencari tempat yang semak untuk bertelur

suka mencari tempat yang semak untuk bertelur

kalau taknak dia merayau, kurung dia dalam pagar...

kalau taknak dia merayau, kurung dia dalam pagar...

Harganya subjektif bergantung kepada penawaran dan permintaan di pasaran. Dulu ayam mutiara dewasa cuma RM35 seekor kerana tak banyak permintaan. Tapi sekarang….?

anak ayam umur seminggu pun RM 15 bro!

anak ayam umur seminggu pun RM 15 bro!

anak ayam perlukan haba, makanan dan air.

anak ayam perlukan haba, makanan dan air.

Harga induk ayam mutiara ini dijual di kedai haiwan peliharaan pada harga RM130 seekor. Kalau beli terus dari ladang mungkin boleh dapat harga murah lagi.

Siang tadi (pukul 4.30 pm, 12 Okt 2009) kami memborong semua 6 ekor ayam mutiara dewasa pada harga RM 220 daripada Cikgu Mad di Kuala Ketil. Terima kasih cikgu!

Seekor ayam mutiara betina mampu bertelur sehingga 30 biji pada satu-satu masa dan tempoh matangnya pula sembilan bulan ke atas atau satu hingga satu setengah tahun ke atas. Tempoh pengeraman menggunakan inkubator adalah 28 hari.

Menariknya, kita tidak perlu tunggu lama untuk mendapat hasil kerana anak ayam berusia dua setengah bulan pun sudah boleh dijual.

Sementara itu, Pensyarah Jabatan Sains Haiwan Universiti Putra Malaysia (UPM) Prof Dr Zukifli Idrus, berkata ayam mutiara ini boleh disifatkan sebagai produktif serta tahan lasak berbanding ayam daging biasa.

“Ia mula bertelur selepas berusia setahun manakala ayam daging pula bertelur apabila ia mencecah usia 20 minggu. Tetapi ayam mutiara ini sebaliknya mampu bertelur sehingga tujuh tahun lamanya. Oleh itu kita boleh katakan antara keunikan ayam mutiara ini adalah tempoh kemampuannya bertelur,” katanya.

Keunikan lain ayam mutiara ini, kata Dr Zulkifli adalah ia lebih tahan lasak dalam keadaan cuaca panas.

“Ayam mutiara ini memang tahan lasak disebabkan asal usulnya dari Afrika Barat yang bercuaca panas. Ayam daging sebaliknya tidak tahan panas dan boleh mati.”

Ini katanya, berkait rapat dengan faktor genetik ayam daging yang sudah diubah suai berikutan kedudukannya sebagai ternakan komersial.

“Pengubahsuaian itu menjadikan ayam daging ‘lemah’ kerana keutamaannya ialah untuk memastikan pertumbuhan yang lebih cepat.”

Faktor itu juga kata Dr Zulkifli, turut menjadikan ayam daging lebih tinggi kolesterol kerana kandungan lemaknya yang banyak berbanding ayam mutiara.

“Daging ayam mutiara sebaliknya diketahui lebih sihat dan rendah kolesterol jika dibanding dengan ayam daging. Bagi setiap 100 gram misalnya, lemak dalam ayam mutiara cuma dua gram manakala ayam daging, enam gram. Ini menunjukkan kandungan lemak ayam daging itu adalah tiga kali ganda lebih tinggi daripada ayam mutiara,” katanya.

masak mutiara

______________________________________________

Thanks to Kapten (B) Kamarulzaman Bachik dan Mohammad Zulkiffly A Rahman
Artikel Penuh Berita Minggu

6 thoughts on “Tribute to “Unggas Emas”

    • rasanya dia dh x bela ayam mutiara sbb aritu dia jual semua kt sy…dia nak focus ayam piru sja..no hp dia pn dh xtau dok mana

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s