Mengenali Inkubator dengan Termostat Itali

Memang betul apa orang cakap, organ paling penting dalam sesebuah inkubator ialah termostat. Termostat yang baik menghasilkan peratusan tetasan yang tingi. Kalau termostat jenis cikai je, telur yang menetas pun cikai la jugak. Kali pertama saya menggunakan inkubator dengan termostat buatan Itali ni menunjukkan prestasi yang memberangsangkan.

Daripada 1o biji telur, 7 biji telah menetas, 1 biji rosak dan 2 biji lagi tak menetas mungkin sebab tiada benih jantan di dalamnya. Saya rasa kalau semua telur tu ada benih, boleh jadi semua akan menetas atau sekurang-kurangnya 80 % akan menetas.

Ciri-ciri termostat Itali:

Julat Suhu : 4oC – 40oC / Suhu kendalian maksimum pada termostat: 80oC / Suhu kendalian maksimum pada bulb stainles steel: 44oC / Panjang bulb stainlessteel : 180 mm / Diameter bulb stainles steel : 180 mm / Panjang dawai bulb : 900 mm

Knob @ tombol C.A.E.M. termostat ditulis dengan jelas, oleh itu pelarasan mudah dibuat.  Pusingan knob lebih sensitif dengan nisbah pusingan yang besar untuk melaras suhu perbezaan suhu yang kecil. Ini akan memudahkan pelarasan yang dibuat.  Perbezaan suhu cuma 1 darjah Celcius, sebagai contoh jika lampu padam pada 39 darjah Celcius, ia akan menyala semula pada 38 darjah Celcius. Ini menjamin tahap berjayanya penetasan sesebuah inkubator.

Suhu operasi termostat jenis ini adalah 4 – 40 darjah Celsius, menjadikan ia adalah termostat terbaik untuk digunakan pada inkubator kerana kebanyakan suhu pengeraman hanyalah sekitar 39 darjah Celcius. Ketepatan termostat berjulat 4-40 darjah adalah lebih baik dari termostat berjulat 0-110 darjah Celcius.

Selain itu, semua bahagian logam termostat ini dibuat dari stainless steel @ keluli tahan karat, ini dapat mengelakkan ia berkarat apabila digunakan dalam persekitaran incubator yang lembap dan panas dalam tempoh yang lama

Jaminan keselamatan telur dalam inkubator adalah tinggi, ini adalah kerana jika ada kanak-kanak terputar knob termostat ke maksimum, telur masih tidak rosak akibat panas lampau kerana suhu maksimum termostat cuma 40 darjah dan ia akan memadamkan lampu atau pemanas setelah sampai ke 40 darjah Celcius. Tetapi jika termostat 0-110 darjah digunakan, suhu akan meningkat dan boleh mencecah 110 darjah jika pemanas berupaya ke suhu tersebut, ini akan membunuh embrio dalam telur.

Tanda CE pada badan termostat menunjukkan bahawa ia telah memnuhi standard @ piawai keselamatan, kesihatan dan perlindungan persekitaran yang disahkan oleh European Union.  Ini menunjukkan produk ini selamat, berkualiti dan diiktiraf.

Termostat ini mempunyai 3 kaki yang dilabelkan dengan tanda P, 1 dan 2. Padalah arus masuk, 1 adalah arus keluar manakala 2 adalah arus berlawanan dengan 1.
Badan termostat dibuat daripada seramik, memberikannya kekuatan dalam menghalang litar pintas dan panas lampau.  Ia juga adalah antara penebat yang terbaik. Kepanasan yang terhasil tidak akan dapat merosakkan komponen lain dalam inkubator.
Cetakan pada badan termostat menunjukkan ia adalah produk C.A.E.M. tulen dan beroperasi dengan voltan maksimum 250V yang mana adalah selamat untuk digunakan di Malaysia yang hanya beroperasi pada 240V sahaja.  Cetakan suhu juga boleh dijadikan rujukan oleh pengguna iaitu 4-40 darjah Celcius dengan suhu operasi badan termostat T80 ( 80 darjah Celcius )

inkubator

Inkubator yang kami guna sekarang macam ni lah!

Kapasiti muatan :

  • Jenis Budget : 140 – 150 biji telur ayam kampung ori
  • Jenis Double : 280 – 300 biji telur ayam kampung ori

Kalau anda nak tau harga dan ingin menempah, boleh hubungi 019-4702839.

__________________________________________________________

Terima kasih buat  Bob dan Nizam

8 thoughts on “Mengenali Inkubator dengan Termostat Itali

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s