Novelis: Kerjaya Baru Saya
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Saya, Khairy Tajudin ingin memaklumkan bahawa saya TIDAK menjual apa-apa spesis ayam atau pun kambing. Blog ini ditulis sebagai wadah penyebaran maklumat untuk dikongsi bersama-sama para penternak atau sesiapa yang menceburi bidang ini.
Saya menyokong penuh hasrat sesiapa sahaja yang mahu menjadi usahawan agro. Bagi yang belum mencuba, anda boleh mencuba. Bagi yang telah mencuba, teruskan perniagaan anda.
Diharapkan blog ini mendatangkan manfaat buat semua pengunjung. Kita boleh bertukar-tukar fikiran, tidak ada masalah. Untuk pengetahuan semua pengunjung, sekarang saya mempunyai kerjaya yang baru iaitu sebagai NOVELIS / PENULIS.
Saya menulis NOVEL ISLAMI atau lebih dikenali sebagai NOVEL TARBIAH. Di samping itu, saya juga menulis buku panduan penternakan unggas tetapi masih belum diterbitkan.
Di samping itu, saya juga mempunyai blog lain yang berkaitan dengan kerjaya baru saya itu. Luangkanlah masa anda untuk berkunjung ke http://www.khairitajudin.blogspot.com
SEMOGA KITA BERSAMA-SAMA MENDAPAT MANFAAT DARIPADA APA-APA YANG DITULIS.



tahniah dan terima kasih pada abg shawn masih sudi berkongsi ilmu .. selamat maju jaya
terima kasih…doa-doakanlah agar segala usaha kita mendapat hasilnya.
insyallah sy akan usahakan sampai berjaya…. penternakan ayam kampung sy….