Reban “A” untuk Ayam Mutiara

Aku mempunyai 9 ekor ayam mutiara dewasa….2 pejantan, 7 betina. Pernah bertelur kali pertama . Sedang bertelur untuk musim kedua.

Ayam mutiara aku mula-mula dulu pandai dia bertelur kat tempat bertelur walaupun tak dikurung dalam reban….tapi sejak dua menjak ni, pandai pulak dia pi bertelur kat dalam semak. Jenuh nak cari telur dia. Kalau jumpa mujur. Tak jumpa alamatnya boleh kat biawak atau rosak dek kerana hujan.

So, untuk tak mahu perkara ni berlanjutan hingga menyebabkan kerugian, sebab time la ni ayam mutiara tengah hot….kat mana-mana pun orang cari…maka aku perlu menyediakan reban khas untuk mereka.

Selama 3 hari aku bertungkus lumus bersama-sama 2 orang adikku untuk menyiapkan reban baru bentuk “A”. Sebenarnya reban ni kalau buat betul-betul sehari ja boleh siap.

reban yang 80% siap....

siap sepenuhnya....

siap sepenuhnya....

ayam mutiara yang dibawa masuk merasmikan reban baru

selamat beristirehat di villa baru kalian!

Di dalam reban ini disediakan tempat bertenggek, bekas makanan dan minuman dan sarang. Tapi atas tanah jugak dia nak bertelur. Erm..dah memang tabiat.

Sebelum ni telur ayam ni tak berapa nak menetas. Kali pertama bertelur, dalam 60 biji, lebih kurang 6 ekor ja anak keluar. Yang lain rosak. Aku rasa mungkin ni faktor makanan yang kurang berkualiti. Maklumlah, aku lepas bebas ja dia cari makan sendiri, tak bagi pun dedak pembiak baka.

Lepas ni aku nak tengok, lepas aku kurung dan bagi makan dedak, apa akan terjadi. Adakah peratus penetasan akan bertambah? Tunggu dan lihat.

~ by shawn@hayyrie on June 14, 2010.

7 Responses to “Reban “A” untuk Ayam Mutiara”

  1. selalunya telur rosak sebab kena hujan.

  2. Vila tu saya rasa kena buat penambahbaikan. Bukan apa tengok banyak pakai zing. panas.

  3. ayam mutiara ni mengeram ke x?

  4. macam mna nak sruh dia eram?saya pnya dah 20 pluh biji ada.tpi dia x nk eram..knapa?

    • sy pn x paham perangai ayam mutiara ni…lebih baik eram pakai inkubator…kalau ibu x eram nnt rosak telur

  5. kena hati2 sebab lantai tanah ni ular wat lubang. sy dh kena kes ni.xperasan ade lubang ular dlm reban. keesokan hari,ms nk lepaskan itik, dh tinggal skit.dh kn mkn dek ular.ular kekenyangan mkn itik. ada dlm 3 ekor die mkn. 3 ekor ni pun msh saiz kecik lg.lum dewasa lg.sakit hati tgk ular mkn itik2.geram terus je tetak ular tu.pastu call apek suh amik bangkai ular tu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 28 other followers