Ayam Kampung : Ori vs Kacukan

Penternak sering keliru. Mereka beli anak ayam kampung kat kedai-kedai pets, pasar-pasar hari dan dari pembekal-pembekal dengan harapan bahawa ayam itu akan membesar macam ayam kampung asli yang biasa dipelihara di kampung-kampung. Bila dah besar depa tengok awat ayam depa tak macam ayam kampung ori tu.

Sebenarnya sama ada ori atau kacukan, kedua-duanya mempunyai kelebihan tersendiri. Terpulang kepada motif kita menternak: untuk jual daging atau jual telur atau kedua-duanya.

ayam kampung ori

ayam kampung ori

ayam kampung kacukan

ayam kampung kacukan

Saya memetik artikel dari ANGSADARIA yang menyatakan:

Terdapat lebih sepuluh pengeluar ayam kampung kacuk yang aktif mengeluarkan anak-anak ayam berkualiti di semenanjung ketika ini. Ayam kampong kacuk merupakan yang paling banyak diternak kerana kadar tumbesarannya amat cepat iaitu 75 hari hingga 90 hari berbanding ayam kampong asli 6 hingga 7 bulan!

Ayam kampong kacuk dihasilkan daripada pembiakan yang terancang. Rupa dan bentuk badannya juga mirip ayam kampong asli. Prestasi pertumbuhannya amat cepat dan dianggap lebih baik berbanding ayam kampong asli yang terdapat di kampong-kampong.

Ciri-ciri menarik yang terdapat pada ayam kampong kacuk ialah warna kulit dan warna kakinya kuning. Rata-rata ayam kampong kacuk mempunyai balong tunggal dan tidak pandai bergaduh, melompat dan terbang melebihi lima kaki tinggi.

Kepada bakal penternak atau para penternak yang mencari ciri-ciri terbaik seekor ayam, ingat pesanan ini; jangan sekali-kali membeli anak ayam yang paruh siap dipotong (paruh atas lebih pendek). Jangan beli anak-anak ayam yang dijual di pasar-pasar.

Ingat juga pesanan kedua ini; kualiti anak ayam bukan di tentukan oleh nombor kod seperti SASSO 154 atau KH B1 atau lain-lain yang berbentuk nombor tetapi kualitinya anda yang menentukan setelah anda menternak hingga boleh dijual, analisis perkara berikut ini;

* Kadar kematiannya kurang 5%
* Kaki dan kulit warna kuning
* Paruh tidak dipotong
* Tumbesarannya sekata
* Dagingnya pejal dan rasanya sedap.

Kalau nak ternak untuk jual daging, baik pilih yang kacukan sebab lebih berat ( 2 – 3 bulan : >1.5 kg ), kalau bela yang ori kena tunggu 6-7 bulan, itu pun lebih ringan kecuali kalau guna baka sabung atau baka komersial seperti KH B1 (Super Kedah). Ada penternak yang saya jumpa boleh menjual telur ayam dari ayam kacukan dengan harga sebiji 45 sen. Dia cuma bela kurang lebih 100 ekor induk dan 10 ekor pejantan. Tiap-tiap hari pengeluaran telur memberangsangkan dan tauke restoran cina dah siap booking lagi.

Terpulanglah pada kita nak pilih yang mana. kalau saya, dua-dua saya pilih sebab saya nak jual daging ayam kampung kacukan dan ayam kampung ori saya jual telur dan tetaskan anak. Kalau bela ayam kampung ori semata-mata nak jual daging saya rasa tak banyak mana yang boleh kecuali kalau biar dia cari makan sendiri. Tapi, kalau dah beratus-ratus ekor, semua ulat-ulat,cacing-cacing,rumput-rumput dan lain-lain makanan semulajadi yang ada kat sekitar ladang pun tak cukup jugak. Nanti mesti depa bising sebab lapar. Terpaksa juga belikan makanan untuk depa walau sekadar temukut atau cari sisa makanan free kat restoran2 atau kantin2. Ramai penternak give up sebab kes nak bagi makan ni la…..last-last jual semua ayam dan tak nak bela dah. Sapa yang rugi?

Sebagai alternatif yang terbaik, jadikan yang kacukan sebagai induk betina dan cari pejantan dari baka sabung. Mesti hasilnya memuaskan. Ramai yang berjaya dengan cara ni.

yang penting ialah telur...

yang penting ialah telur...

About these ads

31 thoughts on “Ayam Kampung : Ori vs Kacukan

  1. Frozen”ayam kampong”

    – Weight per Chicken: 750gm to 950
    – Package in individual plastic bag,

    TERM AND CONDITIONS

    Price : Quoted in Ringgit Mlaysia(MYR)
    Wekly Order : Minimum 50 Chickens
    Delvery : Preferably in Wekly Scedule:2-3 Days Lead Time After
    Receiving P.O.
    Returnable : Non Returnable
    Payment Term : Cash

    Price Package (include transporttation & delivery fees):
    1) 50-100 per transaction order : RM 7.80 per chicken
    2) 100-300 per transaction order : RM 7.60 per chicken
    3) Abave 300 per transaction order : RM 7.40 per chicken

    *We are able to provide around 2000 chickens per week

    Best Regard,

    mr.solihin
    012 309 5978
    sldesaresources@gmail.com

  2. saya pembekal ayam kampung ori dan kacuk…sesiapa yg berminat untuk membeli boleh lah menghubungi saya 017-5092116 dan 012-4519287

  3. saya pembekal ayam kacuk,ayam kg,ayam belanda,itik telur,puyuh dan ayam api-api….harga berpatutan…kalau berminat sila kol…014-7966986 (amir)…kawasan temerloh…

  4. saya ada membekal ayam kampung siap proses erea kuala terengganu dan kawasan sekitarnya..hubungi saya di 0199432772 faizal ganu

  5. Saya perlukan nama pembekal ayam baka sasso dan ayam arab berusia setahun ke atas (jantan & betina) utk dibeli bagi menjalankan kajian.Boleh sesiapa berikan maklumat pembekal di sekitar melaka dan negeri sembilan.

  6. saya penternak ayam kampung kacukan sekitar area johor.Kepada sesiapa yang memerlukan stok ayam kampung kacuk bolehlah hubungi saya di no 012-7311 054 (abby)Harga adalah yang paling termurah…….

  7. Kepada semua sahabat2 penternak ayam kampong, ayam pedaging dan puyuh yang memerlukan makanan ternakan dengan harga yang amat berpatutan dan kualiti yang setanding di pasaran sila hubungi saya di 0137506808 / 0127950848. Kami beroperasi di selatan tanah air.

  8. Saya adalah penternak ayam Kampong Kacukan. Kami menawarkan harga yang berpatutan. Dalam stok kami 1 kg keatas ada 1,000 ekor. Kalau berminat sila hubungi saya 0192542279

  9. saya penternak ayam kg kacuk di pekan nanas mencari pembeli atau pemborong.,harga boleh runding dgn situasi menang2.,juga membekal kambing baka terbaik utk kegunaan brbagai dgn harga paling best.,no tel 0104390414 nawar

  10. saya pembekal ayam kampong ori, anak ayam dan telor ayang di sekitar melaka, seremban dan kl…amy 0129689144/ 0147164401

  11. Utk DIJUAL… anak ayam kg.. umur 2 minggu dan atas.. rm3-rm4.. kg kopok baru, pasir gudang, johor…. 019 5144239

  12. Saya penternak ayam kg kacuk
    sesiapa yang berminat boleh hubungi
    0129332372 / 0172198048
    bertempat di Antara Gapi Selangor.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s