Memaksimakan pengeluaran anak ayam tanpa inkubator

kelurga bahagia:-)

keluarga bahagia:-)

Sekiranya kita takda inkubator, bagaimana caranya untuk kita memaksimakan pengeluaran anak ayam?

Saya telah mencuba cara ini dan ingin berkongsi dengan anda.

Mula-mula saya pastikan berapa banyak ibu ayam yang bertelur dan saya akan kutip telur-telur tu dan simpan sehingga tidak lebih 7 hari sebab telur ayam yang lebih seminggu tak sesuai untuk dieram, mungkin akan rosak. Orang tua-tua pesan, jangan kutip semua telur tu, tinggallah sebijik buat denak, kalau takda langsung nanti ayam merajuk taknak bertelur dah..

telur ayam dalam tempat bertelur

telur ayam dalam tempat bertelur

Bila saya tengok ibu ayam tu dah mula mengeram, maka saya akan campurkan telur-telur yang telah saya kutip sebelum ni sehingga 15 biji. Jangan banyak sangat nanti takut ibu ayam tu tak mampu nak ‘cover’. Kadang-kadang saya pergi beli telur kat orang kampung dan balik bagi ibu ayam saya tolong eram. Bukan setakat telur ayam kampung, telur ayam belanda, telur itik, telur puyuh, angsa dan telur sapa2 pun kita boleh boh.

telur campur

telur campur

Ayam kampung mempunyai daya kekuatan untuk mempertahankan telurnya dan takkan mudah lari kalu kita gi usik dia. Tak makan tak minum pun takpa.

"apa pun yang terjadi aku akan pertahankan telur-telurku ini"

"apa pun yang terjadi aku akan pertahankan telur-telurku ini"

Bila telur-telur ayam tu dah menetas, saya akan rampas anak-anak ayam tu dan masukkan dalam ‘brooder’ atau kotak D.O.C. selama 2 minggu dan dibekalkan lampu pemanas, air dan dedak. Anak ayam yang telah menetas perlu dirampas sebelum ibu ayam bawa turun anak dia. Seeloknya waktu malam sebab ayam ni rabun malam.

pelbagai design brooder sebagai tempat yang panas utk anak ayam

pelbagai design brooder sebagai tempat yang panas utk anak ayam

Walaupun semua anak-anak ayam tu dirampas, ibu ayam tadi tetap mahu mengeram walaupun sebiji telur pun takdak. Pada waktu ni, saya akan masukkan lagi 15 biji telur ayam baru untuk ibu ayam tu menyambung portfolionya sebagai pengeram.:-)….

Maka proses yang sama pun berulang…tapi saya buat untuk 2 pusingan saja.Kesian kat ibu ayam tu dok eram lama-lama. Kalau asyik dok eram saja, sapa pulak nak bertelur. Pusingan yang kedua saya akan kurung ibu ayam dan anak-anak ayam yang telah menetas.

"mak....nak makan.....lapar la"

"mak....nak makan.....lapar la"

"hah...makan korang puas-puas"

"hah...makan korang puas-puas"

Biar ibu ayam tu jaga anak-anak dia. Bila anak-anak tu dah cerdas dan cergas serat mampu berdikari, saya akan asingkan mereka dan biar saya sambung tugas membela anak-anak ayam tu. Biar ibu dia bertelur balik.

Kalau anda nak hasil yang lebih banyak lagi, lepas pusingan yang kedua tadi, anda rampas semua anak-anak ayam  dan bela sendiri. Untuk mengelakkan ibu ayam tadi terus mengeram kosong, anda boleh rendam ibu ayam tu dalam air lama-lama, pastu jemur dia tengah panas, pastu kurung dia selama 3 hari, pastu bagi jantan kat dia…:-)

Cubalah kalau berani! :-)

About these ads

12 thoughts on “Memaksimakan pengeluaran anak ayam tanpa inkubator

  1. Bro tahniah!
    tapi bagi la kredit sikit sumber gambar tu.
    ada gambar tu hang ambik dari blog kekawan lain.
    blog akubudaktol, ayambelandautara etc.
    cian kat dorang.
    apa pun tahniah.

    • ops…sori terlupa…di kesempatan ni saya nak ucap ribuan terima kasih kepada saudara bob (akubudaktol.blogspot.com) dan en arif (ayambelandautara.blogspot.com) di atas sumbangan mereka dalam bidang penternakan unggas..

      majulah ayam untuk negara!

  2. memang oldscoll punya cara tetas kan anak ayam…
    memang ada jenis ibu ayam yg pandai mengeram… setakat 10 to 15 biji semua menetas… tapi yg tak tahan tu jenis yg meroyan mengeram kosong… aku selam dalam sungai tepi reban aku tu jer.. dia naik aku selam lagi.. seminggu lepas tu baru ok.. hehehe

  3. saya ada pelihara sepasang ayam mutiara,ayam piru ayam selasih, baru baru ni ayam mutiara tlh bertelor bagaimana cara utk menetaskan telurnya

    • cadangan saya:
      1-hantar ke kedai penetasan…caj mungkin RM 1.00 – RM 1.50 ikut bilangan telur yg berjaya di tetas…
      2-beli inkubator sendiri…saya boleh supply..boleh guna dlm jangka masa panjang…boleh jual anak ayam.
      3-tumpang ibu ayam kampung yg sedang mengeram…
      4-mintak tolong kawan yang ada inkubator tolong eram..

  4. kalau saya bos pernah coba sampai 5 kali putaran/pusingan…(th 2001). waktu putaran ke 4 mau masuk induk/ibu ayam saya kasi makan padi biar kotorannya tidak banyak. sekalian nih saya mau tanya sama bos/rekanan lain, Ada yang tahu cara insiminasi buatan pada ayam tidak?. karena saya ada rencana akan beternak ayam kampung lagi. terima kasih,Wassalam (payakumbuh-sumatera barat)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s