Kejayaan Menetaskan Telur Dengan Inkubator

Tidak semua telur yang dimasukkan ke dalam inkubator akan berjaya ditetas. Bagi pengusaha yang baru belajar menggunakan inkubator, sudah pasti mudah berputus asa dan menyalahkan inkubator. Sebenarnya, bagi pengusaha-pengusaha baru, jika 40%-60% telur berjaya ditetas, sudah memadai untuk dikatakan sebagai berjaya!

Bagi yang telah berpuluh-puluh tahun berkecimpung dalam bidang ini, belum tentu mereka dapat menetaskan 100% telur-telur tersebut.Betul tak?

Daripada perkongsian maklumat bersama pengusaha-pengusaha didapati beberapa perkara yang perlu diberi perhatian untuk memaksimakan peratusan tetasan telur.

Antaranya ialah:

1.Telur mestilah bersih, kering dan bebas hama. Telur yang kotor dan basah dikhuatiri takkan menetas. Kalau boleh cuci kulit telur sampai bersih dengan kain kesat atau kertas pasir halus tapi pastikan tidak digosok terlalu kuat hingga retak atau kulit menjadi nipis.Kalau tuan-tuan pernah tengok telur kotor & basah yang boleh menetas tolong beritahu saya!

2. Telur tidak boleh dibiarkan lebih seminggu dari tarikh telur keluar dari rahim ibu ayam. Kalau tuan-tuan pernah berjaya tetaskan telur yang terbiar lama sila maklumkan kepada saya!

3. Kedudukan inkubator mestilah di tempat yang tertutup supaya suhu persekitaran terkawal. Bebas dari pancaran matahari dan tiupan angin. Bayangkan inkubator itu seperti ibu ayam yang sedang mengeram. Sudah tentu dia tidak suka mengeram di tempat yang terang dan terbuka. Betul tak?

4. Pastikan inkubator bebas daripada kuman,hama dan seumpama dengannnya.

5. Set suhu pada termostat hingga bacaan termometer berada antara 38-40 C sebelum memasukkan telur. Julat yang terlalu besar kurang bagus. Seeloknya lampu terpadam bila suhu naik sehingga 40 C atau turun sehingga 38 C.

6. Kelembapan inkubator perlu dikawal. Inkubator manual yang menggunakan bekas air untuk mengawal kelembapan perlu sentiasa mempunyai air. Kereta kita pun perlukan air bateri kan? Kalau air bateri kering apa akan jadi?

7. Peneropongan telur perlu dibuat pada hari ke-3, ke-14 dan ke-18 untuk memastikan berlakunya persenyawaan. Boleh dibuat secara manual dengan meneropong dengan “torch light” di tempat gelap. Kalau nampak ada urat-urat merah tu, INSYAALLAH tanda-tanda kejayaan!

egg-day-3egg3

embryo1embryo2

Di bawah ini disediakan tentang punca gagal menetas dan cara mengatasinya.

jadual masalah tetasan

8. Telur perlu diputar sekurang-kurangnya 3 kali sehari bagi memastikan embrio tidak melekat pada kulit dan keseluruhan telur mendapat kepanasan yang sekata. Kalau rajin, boleh alih setiap 3 jam untuk hasil yang lebih baik kerana ada penternak yang mendapat penetasan telur 90% dengan cara ini. Telur tidak dialih pada hari ke-18 dan pastikan bahagian merekah berada di atas kerana waktu itu anak ayam dah mula nak keluar. Kalau alih nanti takut cecair tumpah.

9. Kadangkala kita tengok ibu ayam meninggalkan telur tanpa dieram selama beberapa ketika untuk cari makan atau berguling-guling di atas pasir. Tingkahlaku tersebut ialah untuk mendinginkan telur. Kita boleh meniru aksi tersebut dengan membuka inkubator selama 10-15 minit atau keluarkan telur tersebut untuk diteropong.

10. Menjelang hari ke-18, kelembapan perlu ditambah untuk memudahkan pemecahan cengkerang.

11. Bila anak ayam dah keluar, ia perlu dibiarkan sehari semalam tanpa makan dan minum di dalam inkubator untuk mengeringkan bulunya sebelum dialih ke kotak D.O.C (Day of Chicken) yang dipasang lampu sebagai sumber pemanas. Boleh guna lampu 5 watt.

INSYAALLAH semoga rezeki kita diberkati. Tanda-tanda rezeki yang berkat ialah semakin rezeki bertambah, semakin kuat kita beribadat. Bukannya bila ayam-ayam bertambah banyak, kita semakin sibuk hingga tak sempat nak sembahyang.

 

Buat Duit dengan Penternakan Unggas Harga RM 30. Cara pembelian: 1. Bank-in ke akaun CIMB (1205-1405-8845-24) – Mohd Khairi Tajudin 2. Nyatakan nomb0r rujukan pembayaran menerusi emel ke khairitajudin.gmail.com 3. E-book akan dihantar dalam masa 24 jam selepas pengesahan pembayaran dibuat. BERITA BAIK! Dapatkan e-book bonus “Catatan Pengalaman Menternak Unggas” percuma dengan pembelian e-book di atas!

Buat Duit dengan Penternakan Unggas
Harga RM 30.
Cara pembelian:
1. Bank-in ke akaun CIMB (1205-1405-8845-24) – Mohd Khairi Tajudin
2. Nyatakan nomb0r rujukan pembayaran menerusi emel ke khairitajudin.gmail.com
3. E-book akan dihantar dalam masa 24 jam selepas pengesahan pembayaran dibuat.
BERITA BAIK! Dapatkan e-book bonus “Catatan Pengalaman Menternak Unggas” percuma dengan pembelian e-book di atas!

About these ads

36 thoughts on “Kejayaan Menetaskan Telur Dengan Inkubator

  1. tq kerana berkongsi pengalaman dgn saya…buat masa ni sy still gumakan plastik…tp xtaula mungkin guna logam lebih berkesan..

  2. terima kasi kepada tuan punyer blog.. berkonsi info pasal telur dan incubator… (Kalau tuan-tuan pernah tengok telur kotor & basah yang boleh menetas tolong beritahu saya!)
    mengapa mohd khairi bertanya macam ni… benda pelik dan mustahil ker?
    setakat ni bagi saya telur kotor tetap boleh menetas…mungkin nasib atau telur tu memang telur yg ada benih yg baik…telur ini sayam ambik dari ayam kampung.. ayam ni jenis yang makan telur sendiri.. setakat ni 10 biji 9 yg menetas… ayam ni bertelur atas tanah..mesti kotor kena tanah dan najis ayam..http://www.tagged.com/photo_view.html?photoId=136035577&uid=5404675338 ini gambar nyer.. kalau tak cukup kotor saya mintak maaf lah…

    harap boleh bagi info lagi pasal telur kotor ini

    wassalam

  3. terima kasih hachiroku77 kerana menjawab soalan tu…teori x sama dgn realiti.Apa yg sy tulis berdasarkan teori dan pengalaman penternak2 lain..

    bukanlah maksud saya semua telur yg kotor xleh menetas,tapi sebagai langkah untuk meningkatkan peratusan telur yg menetas,telur itu perlu dibersihkan..maklum sajalah,kadang2 ada bakteria,hama,virus etc yang melekat pada telur tu,kita bawa masuk dlm inkubator,dibimbangi ia boleh menimbulkan bau yg kurang selesa dlm inkubator terutama jika telur tu terkena tahi.

  4. Salam… itu lah batch telur yg pertama dan terakhir yg kotor akan masuk dalam incubator aku… lepas ni aku akan pastikan semua telur yg bersih2 saja di masukan dalam incubator… kalau kotor pun aku cuci guna kan pasir sungai halus yg telah di keringkan…cubalah… telur mesti cantik…
    ini number hp aku 012-6790113 sekadar utuk bertukar2 info…

  5. Salam sejahtera. Saya pelajar lepasan ijazah yang berminat untuk menceburi bidang penternakan ayam penelur. Akan tetapi, saya menpunyai pengetahuan yang cetek mengenai bidang ini. Apakah langkah2 yang perlu saya lakukan sebelum memulakan penternakan ini? Adakah mana2 website yang boleh saya rujuk?

    • utk memulakan bisnes ayam penelur,saya cadangkan anda beli beberapa ekor ayam dara dan jantan yg dewasa dan hampir2 bertelur…sebagai cthnya, anda beli 30 ekor ayam dara dan 3 ekor pejantan….sy lebih suka menternak ayam kampung sebagai penelur kerana
      -harga telur ayam kampung boleh jual antara 40 sen – 60 sen…tiap2 hari ayam bertelur,tiap2 hari boleh duit
      -telur ayam kampung sgt berkhasiat utk zahir dan “batin”…:-)
      -mudah dipasarkan..antara pembeli berpotensi ialah org2 indon,hospital dan pengamal perubatan,restoran cina,pengusaha penetasan telur guna inkubator dan ramai lagi..

      selain ayam kampung, telur ayam belanda, ayam mutiara & angsa juga mempunyai harga yg tinggi…
      kami juga sedia membeli telur2 utk tujuan penetasan…

      utk mendapatkan ilmu mendalam dlm bidang ni,memadai anda aktif bersembang2 bersama2 penternak seperti di forum http://bicarajutawan.com

    • sy try wt inkubator pkai kotak. xjd. pyah nk maintain suhu. termostat adlh 1bnda pnting yg prlu wjud dlm inkubator. ia dpt mngawal shu kpd shu yg tlah dttapkn, iaitu shu optimum utk pntasn tlur…

  6. salam abg shawn,saya org baru nak belajar menetaskan telur ayam,dan kajian saya ialah menetaskan telur ayam hutan menggunakan inkubator.saya ingin bertanya,adakah suhu eraman dlm inkubator sama seperti telur ayam kampong? dan bolehkah sekiranya,telur yang baru keluar dari ibu ayam terus saya masukkan ke dalam inkubator? harap dapat kongsi ilmu,sekian terima kasih.

  7. askum saya baru nk guna inkubator sy untuk mengeram telur angsa dan itik berapakah suhu yg paling sesuai???? terima kasih tuan…

  8. salam abg shawn,alhamdulillah dan terima kasih
    ,berkat didikan abg shawn hari ni anak ayam hutan pertama saya berjaya tetas.seronok betul..hehe terima kasih..

    • takde masalah tapi biarlah setiap kali masuk, bilangan telur itu banyak…takkan nak letak sebiji sehari…masukkanlah 10 biji ke atas supaya mudah kita nak jaga bila dh menetas nanti

  9. wow …telur ayam hutan anak sy dah nak mula mnetas sekejap tadi…dah bersuara pun…tapi camana nak jaga anak aayam hutan nie…nak kasi makan apa?…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s